11 February, 2011

RIBUAN MANUSIA MENGIRINGI JENAZAH DR FADAL ABBAS

Share

sumber: http://abuawatif.wordpress.com

Sesungguhnya pemergianmu sesuatu yang menyedihkan…sesungguhnya kamu mengajarku mengenali keindahan al-Quran melalui kuliah-kuliahmu setiap malam Isnin..Setiap minggu saya mendapat mutiara-mutiara al-Quran yang membuktikan i’jaz al-Quran…Setiap bertambah keyakinanku berhubung al-Quran…Kuliahmu mendorongku untuk mengkaji keindahan i’jaz al-Quran…InshaALLAh saya akan mengikuti jejakmu dalam berkhidmat untuk kitab Allah…

Ribuan warga Jordan mengiringi jenazah al-Allamah Dr.Fadal Hassan Abbas ke tanah perkuburan Islam Sahab. Mereka terpaksa solat jenazah di dataran berhampiran Masjid al-Zumayli(Masjid ini menjadi tempat Dr.Fadal mengimami solat terawih dan berhampiran dengan rumahnya-penterjemah) dan sebahagiannya solat di atas jalan. Qadi al-Qudat Dr.Ahmad Halil menyampaikan ucapannyd di masjid menyebut kebaikan al-marhum dan kelebihan beliau kepada pencinta ilmu.

Muraqib al-Am(ketua) Pertubuhan al-Ikhwan al-Muslimun Dr.Hammad Said pula menyampaikan ucapannnya dan mendoakan semoga Allah(s.w.t) menggantikan kehilangan beliau dengan tokoh sepertinya dan doanya diaminkan oleh para jemaah.

Dr Ahmad al-Raqab juga menyampaikan ucapan menyebut kebaikan-kebaikan al-Marhum, memohon keampunan untuknya dan berpesan kepada keluarganya supaya bersabar.

Dr.Solah al-Khalidiyy menyifatkan al-Allamah Abbas sebagai Ustaz Tafsir di bumi Syam. Beliau bertemu dengan al-Marhum beberapa kali dan menyatakan bagaimana beliau terkenal dikalangan kenalannya sebagai seorang yang berakhlak tinggi dan mulia dan dia adalah RABBANIYY QURANIYAA yang hidup dengan al-Quran. Akhlaknya adalah al-Quran, budipekertinya adalah al-Quran, beliau hidup dengannya, dan berinteraksi dengan orang ramai dengan al-Quran.

Al-Khalidiyy juga menyebut: al-Marhum menarik kami semasa membaca al-Quran dan mentafsirnya. Beliau merupakan orang yang pertama memulakan tafsir secara audio(rakaman) di radio apabila program pertamanya bermula di radio Jordan pada tahun 1971. Menurut al-Khalidiyy lagi: Semua yang mengenali beliau sepakat beliay seorang yang sangat beradab dan mempunyai kedudukan dan namanya(Fadal) bertepatan dengan tuannya.

Al-Khalidiyy juga menyatakan penghujung yang baik menunjukkan penerimaannya dengan izin Allah dan kedudukannya di sisi Allah s.w.t apabila beliau menaiki kereta menuju ke lapangan terbang untuk mengerjakan ibadat umrah dan disaat itu kewafatan mendatanginya semasa beliau di dalam kereta. Saya sangat gembira dengan kesudahan yang baik ini yang saya juga berharap memperolehinya dan kenyataannya al-marhum memang berhak mendapat kesudahan ini kerana dia hidup dengan al-Quran dan untuk al-Quran.

Nas Asal

شيع الاف الأردنيين ظهر اليوم (10/2) جثمان العلامة الدكتور فضل حسن عباس الذي وافته المنية أمس الاربعاء (9/2) الى مثواه الاخير في المقبرة الاسلامية بسحاب.

واضطر مواطنون الى الصلاة على الجنازة في الساحات المجاورة لمسجد “الزميلي” بالشميساني وكذلك في الطريق العام .

قاضي القضاة الدكتور احمد هليل اخذته العبرات لدى القائه كلمة في المسجد عدد فيها مناقب المرحوم وافضاله على اهل العلم

والقى المراقب العام لجماعة الاخوان المسلمين الدكتور همام سعيد كلمة سأل فيها الله تعالى ان يعوض الامة بفقدها للدكتور وامن الحضور على دعائه للفقيد بالرحمة.

كما القى الدكتور أحمد الرقب كلمة في المسجد تناول فيها خصال الفقيد وسأل الله تعالى له المغفرة والرحمة ولذويه واحبائه الصبر والسلوان.

وافتتح ذوو الفقيد بيتاً للاجر بالقرب من المسجد لاستقبال المعزين ايام الخميس والجمعة والسبت.
الدكتور صلاح الخالدي وصف العلامة عباس بـ”استاذ التفسير في بلاد الشام”،لقاءاته العديدة مع الفقيد وكيف كان مشهوراً بين معارفه بالخلق الرفيع والادب وتابع :”كان ربانيا قرآنيا عاش مع القران وكان خلقه القرآن يتخلق به ويعيش به ويتعامل به بين الناس “.

واشار الى ان الفقيد “كان يشدنا حين يقرأ القران وحين يفسره” ووصفا اياه بانه “اول من استن سنة التفسير الصوتي على الاذاعات حين كان يقدم برنامجه الاول على الاذاعة الاردنية سنة 1971.”

وقال “لقد اجمع كل من عرف الشيخ وتعامل معه على انه خلوق وصاحب ادب وله منزلة فكان له من اسمه نصيب وحظ “.

واعتبر الخالدي ان خاتمة الشيخ “تدل على قبوله باذن الله وعلى منزلته عند الله فقد ركب السيارة وتوجه الى المطار للسفر لاداء العمرة ووافته المنية في السيارة” وقال “لقد سعدت والله لهذه الخاتمة الطيبة التي اتمناها وحقا ان الفقيد يستحق هذه الخاتمة لانه عاش بالقران وللقران

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.