12 February, 2011

Misi Kampung Angkat Kg.Padas- 'Hakikat negeri Sabah'

Share
Sumber: http://balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt...Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada saat ini,kita masih lagi di beri kesempatan untuk terus berada di muka bumi dengan pelbagai matlamat dan objektifnya. Namun harus di ingatkan untuk kita semua termasuk diri ini sendiri bahawa dunia ini hanyalah sementara semata-mata. Dunia ini adalah platform utk kita membuat sebanyak mana kebaikan dan juga menghalang sebanyak mana kemungkaran. Semoga lahirnya kita di muka bumi ini bukanlah satu kelahiran yang cintakan keduniaan semata-mata tapi mencari redha Allah swt.

Sebenarnya, ada post lain yang mahu di post sebelum post ini tapi rasanya, post ini lebih penting dan memerlukan perhatian kita semua sebagai umat islam yang bersaudara...Pereratkanlah silaturrahim yang sedia ada dan binalah silaturrahim kepada yang belum dibina...“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (al-Hujurat,49:10)

Alhamdulillah, pada ahad lepas, 6 februari 2011, masih lagi di beri kudrat olehNya untuk jelajah kampung untuk Misi Kg. Angkat...sungguhpun kepenatan Ijtima' Tarbawi masih berbekas..tapi itu adalah satu tarbiyyah...akhirnya, setelah turun naik bukit tinggi di Kokol dan pusing memusing, kami tiba di Kg. Padas, Tebobon...Pada awalnya terkejut jugak, sebab 'eh,ada kampung pula di sini' sebab jalan masuk ke kampung ini di hiasi dengan rumput panjang di kiri kanan jalan gravel yang menuju masuk ke kawasan kampung...





Tibanya kami di perkarangan sebuah rumah untuk minta izin parking kereta, kedatangan kami di sambut oleh adik-adik kecil yang begitu ceria sekali...kami meminta tolong dari mereka untuk membawa kami ke rumah ketua Kampung...Perjalanan ke rumah ketua kampung bukanlah seindah yang di harapkan. Dengan tanah yang becak dan banjir, kami terpaksa memijak rumput di tepi sambil menyeimbangkan badan agar tidak jatuh ke dalam becak tersebut. Bukan itu sahaja, kami seolah-olah sedang berhiking memandangkan keadaan bentuk muka bumi di situ yang berkontur rendah dan tinggi...




Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah pengerusi kampung, Ust. Marasin, juga ustaz kepada adikku sejak kecil lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dan niat kami di terima baik oleh ustaz. Bahkan beliau memang sangat memerlukan pendukung2 agama untuk bersama-sama dengan beliau dalam berdakwah di kampung tersebut memandangkan pd masa kini, hanya beliau sahaja yang menggerakkan aktiviti islamik di sana dan itu amatlah tidak tertanggung olehnya,seorang ustaz yang sudah berusia yang kena mengawasi lebih daripada 1000 orang penduduk yang berbilang bangsa.



Kami sempat bertanyakan keadaan masyarakat di sana dan beliau meluahkan rasa kekecewaan melihat anak-anak muda di sana banyak telibat dalam masalah akidah seperti minum arak dan berjudi. Bukan itu sahaja, golongan ibu bapa di sana tidak ambil peduli di antara satu sama lain dan juga aktiviti2 agama yang di buat di situ. Ustz juga melahirkan rasa kesedihan bilamana beliau bersolat di surau...Dialah bilal,dialah imam dan dialah makmum...ustaz cuba untuk bersangka baik dengan mengatakan bahawa mungkin para penduduk tidak berminat untuk berjemaah di situ memandangkan keadaan surau di sana yang begitu daif dan usang.



Tertarik kami mendengar "surau yang usang"...Setelah habis bertukar pendapat dan pandangan dengan Ust Marasin, kami mohon izin keluar untuk berjumpa dengan Ketua Kampung dan melawat surau yang di maksudkan tersebut. Dan sekali lagi perjalanan menuju ke surau yang terletak di atas bukit memanglah satu tarbiyyah kepada diri...yang selama ini bersenang lenang berjalan pada jalan yang rata dan asphalt.

Kedatangan kami di surau tersebut di sambut oleh adik-adik yang sedang menunggu kelas talaqqi al-quran oleh Ustaz Marasin. Alhamdulillah,sungguhpun bilangannya tidak ramai namun ada juga kesedaran dan inisiatif adik-adik ini untuk mengikuti kelas tersebut. Sungguh!!! Rasa terkejut melihat keadaan surau tersebut yang di bina dari papan yang sudah usang dan berlubang dengan pintunya yang tiada...tingkap nya tiada bercermin, berlantaikan papan yang usang dan elektrik yang hanya dipasang pada hari ahad sahaja...rasa sangat sedih dan malu!!!!Malu kerana, sebelum ini, sungguhpun berada di surau yang elok,cantik dan lengkap dengan segala-galanya, ku masih lagi merungut kepanasan...satu hikmah untuk diriku untuk jelajah kampung ini...turunlah ke kampung-kampung dan rumah-rumah harapan..kerana dari situ, kita boleh bermuhasabah diri dan melihat realiti kehidupan yang sebenarnya...





Kita mungkin sudah selesa di zon selesa kita sehingga terlupa dengan tanggungjawab kita ke atas saudara kita...hiduplah kita di muka bumi ini dengan memberi kerana sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih bermakna dari tangan yang menerima...

Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Andaikata kita tidak punya apa-apa untuk di dermakan, doa dan senyuman serta prihatin kita dalam menyelami masalah mereka itu sudah memadai...

Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Oleh hal demikian, jom lah bersama-sama dengan kami, PSS KK dalam misi kampung angkat ini, bukan sekadar "mengangkat" atas nama sahaja tapi juga misi menyelamatkan akidah penduduk kampung...Sebarang sumbangan anda semua amatlah kami hargai...Murnikan kehidupan anda dengan memberi...Sebarang sumbangan boleh di salurkan di CIMB :1101-5026453-52-7

Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.