sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com
Ucaptama Dan 'MOU Pendidikan' Di Arab Saudi, Rosmah Tergamak Bazirkan Wang Rakyat Serta Ambil Alih 'Tugasan Menteri' Yang Sepatutnya !!
Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan berita isteri Perdana Menteri Si Rosmah Mansor (foto), mengadakan lawatan selama tiga hari ke Arab Saudi mulai semalam. Mereka hairan apakah motif beliau itu agaknya. Kelibatnya jelas sekali mengalahkan lagak seorang menteri kabinet dan tidak pernah berlaku kepada isteri mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Apakah ini membuktikan yang Rosmah memang lebih berkuasa daripada PM sendiri dalam membuat keputusan apa yang mahu dilakukan. Dikala rakyat menderita dengan kenaikan harga barangan sekarang ini, beliau tergamak untuk membazirkan wang rakyat atas alasan lawatan kerja. Siapakah beliau sebenarnya yang sanggup mengadakan lawatan kerja sebegitu rupa?. Bukankah beliau itu hanyalah isteri Perdana Menteri, makanya kenapa beliau harus mewakili kerajaan dalam urusan-urusan rasmi seeprti itu. Apakah kini beliau sudah memegang portfolio di dalam kabinet Najib agaknya?. Inilah yang memusykilkan rakyat dengan senario terbaru ini. Beliau bukan sahaja akan ke Arab Saudi, malah selepas itu juga dijadualkan akan melawat Oman selama empat hari dari 16 Jan sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Jan. Pemergiannya itu turut diiringi oleh delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri. Di Arab Saudi, Rosmah dijadual akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh. Rosmah juga khabarnya akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).
Bertudung gara-gara mahu ke Arab Saudi
[Soalnya sekarang, siapa Rosmah Mansor ini yang tergamak mengambilalih tugas Menteri Pelajaran itu agaknya?. Bukankah, kerajaan UMNO BN mempunyai menteri yang berkuasa untuk portfolio berkenaan?. Makanya, kenapa Rosmah dan kuncu-kuncunya dihantar?. Bukan ini bermakna satu lagi pembaziran wang rakyat akan berlaku sebenarnya. Sudahlah sebelum ini Rosmah membazirkan RM4.5 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Wanita Pertama di negara kita. Jika jumlah 15 orang delegasi ke Sidang Wanita itu kerajaan bazirkan RM4.5 juta, kini dengan jumlah 20 delegasi yang mengikuti rombongan Rosmah maka berapa jutakan lagi wang rakyat akan dibelanjakan agaknya?. Bukankah ini membuktikan beliau kini menganggap dirinya lebih hebat daripada mana-mana menteri kabinet sebenarnya. Sanggup berbelanja besar untuk puaskan diri sendiri, sedangkan dalam masa yang sama rakyat perlukan bantuan terutamanya mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. Ternyata, telahan ramai bahawa politik Najib akan lingkup dek kerana Rosmah kini bakal menjadi kenyataan. Soalnya, beranikah Najib menasihatkan Rosmah untuk kembali ke pangkal jalan agaknya?] - pahangdaily
0 ulasan:
Post a Comment