15 December, 2010

Capailah A untuk Allah dan Akhirat

Share
Sumber: http://yuyushira.blogspot.com/

Berbekalkan idea 2 kupang, saya terpanggil mahu menepuk-nepuk habuk di laman ini. Menanti kertas exam seterusnya atau yang terakhir menjadikan saya semakin berasa kosong. Kebimbangan ini memuncak bila naluri kuat menyatakan kekosongan ini mulai diisi dengan permainan nafsu dan hasutan syaitan.













Kosong













Kosong














Kosong














Semoga coretan ini tidak kosong.
Kekosongan ini memanggil saya berfikir akan masa silam dan situasi lampau. Menjentik hati membekaskan rasa penyesalan (oh itu syaitan). Cukup cukup cukup. Tolong hapuskan kesamaran ini, mari meneliti ibrah yang tersembunyi. Apa yang perlu disesalkan? Yang lalu itu perlu disimpan buat pangajaran. Sesuatu yang perlu diingati dan sentiasa beringat!
Mengimbau zaman di sekolah lama, saya bukan seorang pelajar pintar yang mengondol straight A dalam semua peperiksaan. Sama seperti pelajar kebanyakan, normal mengimpikan kejayaan menjurus ke arah A semuanya. Dalam setiap nota catatan dan buku-buku banyak contengan spesifik subjek berserta skornya.
Setiap kali angan itu muncul, diri yang lemah ini cuba memperbetulkan. Sering diingatkan matlamat menuntut ilmu itu perlu jelas. Semestinya kerana A yang luar biasa iaitu Allah. Insya-Allah dengan keredhaan Allah pasti mengundang kejayaan yang lebih bermakna beserta kecemerlangan yang berlipat ganda. Hasilnya, sungguhpun keputusan yang diperolehi baik atau sebaliknya redha itu ada hadir bersama. Kejayaan sebenar tidak diukur melalui kertas peperiksaan atau bilangan A yang banyak.
Gred A bukan segalanya.
Jangan niat menuntut ilmu sekadar merebut A. Saya mahu menamatkan persekolahan dengan ilmu baru di dada, mampu dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan. A bukan segala-galanya. Berapa ramai graduan yang keluar dari universiti hidup menganggur dan bekerja tidak tetap? (opss maaf tidak berniat mahu mengulas lanjut. Ini bukan point utama). Kejayaan itu boleh dicapai dalam banyak bentuk asalkan kaedah dan niatnya betul.
Apa matlamat hidup yang utama? Sekiranya manusia itu diciptakan tanpa tujuan, semestinya saya tergolong dalam golongan yang rugi. Dan kerugian itu mampu membuatkan saya menyesal sampai rasa mati adalah kesudahan yang terbaik. Mujurlah setiap kali langkah ini hampir terhenti, umpama ada sinaran dipenghujungnya. Hidup ini tidak diciptakan untuk bersahaja atau bersuka-suka. Lakarkan inisiatif, mari berinovatif.
"Cari sesuatu yang baru, jangan ikut semua perkara secara membabi buta", pesan seorang guru yang masih terngiang.
A journey of a thousand miles begins with a single step
Hakikatnya, kemenangan atau kegagalan itu bukanlah apa yang dinilai di sisi Allah Taala. Apa yang penting adanya usaha. Dengan bismillah memulakan langkah, selainnya berserah dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Kataku, aku bukan terbaik
tapi mahu menjadi yang lebih baik
berbuat perkara baik
untuk manfaat orang lain
Jika aku tidak mampu
janganlah kiranya aku berbuat kejahatan
hatta kejahatan dalam kebaikan

Dengarku, orang baik menyusuri jalan berliku
dan aku risau aku bukan dari golongan itu
golongan yang utuh dan kukuh
walau ditimpa bermacam kedukaan

Padaku, biar membisu membatu
bila belum bersedia mengajak kebaikan
kerana aku insan lemah
tapi tidak selamanya ingin menjadi lemah

Leretan ini tinggi membuatku berharap
agar menjadi kuat
agar ramai yang mendapat untung
agar lebih ramai yang sedar hakikat
manis dan indahnya syurga

Maka usah kecewa
berpantang arah berpaling tadah
kau perlu yakin demi janjiNya
yang pasti terlaksana
mimpi apakah semalam, mencoret sebegini dipagi hari?

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.