08 December, 2010

APA YANG TELAH PAKATAN RAKYAT LAKUKAN DENGAN UNDI POS?

Share
Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم

300Ribu Anggota RELA akan Di Daftar Sebagai Pengundi POS Untuk Menawan SELANGOR

Maklumat ni TB dah lama dapat. Cumanya, ianya hanya sekadar cadangan sahaja. Tapi, maklumat terbaru yang TB dapat, cadangan ini telah diterima oleh mereka untuk dilaksanakan.
Mereka telah membuat congak dan mendapati peluang mereka memenangi Selangor dan beberapa negeri lagi tipis. Ini sekiranya mereka bergantung kepada pengundi yang telah sedia ada.
Maka, cadangan mendaftar anggota RELA sebagai pengundi Pos telah diterima oleh mereka. Ini akan menambahkan lagi “bank” undi pasti Barisan Nasional untuk setiap DUN.
Ini tidak termasuk ahli keluarga tentera dan polis yang telah didaftar sebagai pengundi Pos tanpa mereka sedari.(baca di sini)

Juga, SPR telah membuat pengumuman bahawa para doctor, wartawan dan jururawat pun akan dibenarkan untuk mengundi pos.( baca di sini)

MENGAPA UNDI POS HARUS DIHAPUSKAN?

Mudah sahaja. Undi Pos TIDAK TELUS. Wakil2 parti tidak diizinkan untuk mengawasi perjalanan undi pos serta proses pengiraan undi pos. Malahan, undi pos sendiri tidak diketahui ke mana perginya dan tidak pula dikira pada HARI undi dibuang.

Undi pos akan diperam sehingga hari mengundi TANPA pengawasan dari partai2 yang bertanding. Memandangkan reputasi SPR yang jelas PRO BN (contoh: Perak dan Kedah), maka KETELUSAN UNDI POS adalah 100% diragui.

Dengan kata lain, undi pos ini akan dengan mudah menjadi alat dan cara Barisan Nasional memenangi kerusi kelak.

NAUZUBILLAH!!!

WAJIB PROTES UNDI POS

Kalau Pakatan Rakyat tidak mengambil langkah yang drastik dan membawa isu ini ke peringkat antarabangsa, maka dengan jelas UMNO/BN akan mempergunakan undi pos untuk kepentingan dan ketamakan serta haloba mereka.

Perlu perkara ini disanggah dan dilawan sekiranya kita masih mahu memerintah di Perak, Selangor, Kelantan, Penang dan Kedah.

Secara mudahnya, di kerusi2 yang perlu dimenangi UMNO dan BN, mereka boleh ada antara 2000-2500 pengundi pos yang bakal memenangkan mereka kerusi2 tersebut.

Jelas, UMNO terpaksa menaikkan kadar penipuan mereka ke tahap MAKSIMA demi memanjangkan usia mereka yang semakin hilang itu.

Semoga Allah SWT mengagalkan penipuan mereka ini, inshaalah.

Tulang Besi

Note: Pakatan Rakyat nampak semacam ghairah untuk menghadapi PRU13. Cuma yang jadi tanda tanya apa yang telah Pakatan Rakyat buat untuk menghalang penyalahgunaan undi pos dan pengundi hantu? Jika masih tiada lagi, jangan terlalu berani nak ajak lawan bertarung. Kekuatan tenaga sahaja masih tidak menjanjikan kemenangan sesebuah parti. Kepala kena ligat, kena fikir macam mana cara nak hapuskan undi pos dan pengundi hantu ni. Jika rasanya perlu, anjurkan demo besar-besaran untuk bantah ketidaktelusan SPR. Kalau perlu juga boycott saja pilihanraya yg tidak adil ini. Apa gunanya pilihanraya kalau hanya menguntungkan sebelah pihak saja? Yang sebelah lagi sampai mati asyik kena tipu. Pakatan perlu ingat.. Badan tough saja tapi kalau otak bebal pun tak guna. Kita sedang menghadapi sebuah demokrasi penipu. Demokrasi mengikut tekak pemerintah kuku besi... Jika ini tidak diambil serius, adat mengatakan jangan mimpilah Pakatan Rakyat akan menang walaupun sampai kiamat...Sehingga tiba satu masa nanti pengundi BN hanya tinggal sorang saja pun mereka tetap memenangi pilihanraya dek kerana bantuan pengungi pos dan pengundi hantu juga kerana kebodohan kita Pakatan Rakyat... kah..kah..kah..kah..

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.