21 May, 2010

Planet Zuhrah ditelan Bulan

Share
Sumber: http://albelurani.blogspot.com/

Bismillah...

Pada 16 Mei 2010 saya telah menerima sms daripada guru falak saya En. Baharuddin Zainal menyatakan bahawa satu lagi fenomena iaitu bulan menelan planet zuhrah.Fenomena ini berlaku sejurus masuknya waktu maghrib.

Menurut sumber di sini bahawa Occultation atau dalam bahasa melayunya adalah penghijaban adalah sesuatu peristiwa yang berlaku apabila sesuatu objek dilindung atau dihijab oleh sesuatu objek lain yang bergerak antara objek yang dilindung dengan pemerhati. Perkataan occultation digunakan secara meluas dalam bidang astronomi dan ia juga boleh digunakan untuk pengistilahan dalam bidang ilmu lain.

Untuk peristiwa kali ini, ia dinamakan Venus-Moon Occultation. Dimana, Venus atau planet Zuhrah yang menjadi objek sasaran kami sebagai pemerhati telah dihijabkan oleh bulan.

Imej ketika bulan menelan planet zuhrah berdasarkan daripada sumber yang sama seperti berikut :

Gambar ini diambil seminit selepas Zuhrah keluar daripada hijaban bulan. Seterusnya Zuhrah bergerak jauh meninggalkan bulan.

Pukul 8:33, waktu ini, bulan amat cantik dilihat menggunakan mata kasar, ia seperti sebuah permata yang memancar keluar dari badan bulan

Pada waktu ini, beberapa minit sebelum pukul 8:33,

Pada waktu ini. Juga dalam pukul 7:28. Zuhrah telah lenyap dan telah dihijabkan seluruhnya.

Pukul 7:28(waktu hijab bermula). Sebahagian Zuhrah telah dihijabkan oleh bulan. Kelihatan cahaya Zuhrah semakin berkurang.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.