30 May, 2010

Jika judi bola sepak dilesenkan..

Share
Ditampal salin dari: http://muridkyai.blogspot.com

Kedai-kedai sport toto akan menjadi tumpuan ramai orang. Tahi judi sudah tentu. Yang bukan tahi judi pun akan jadi penjudi.

Peminat-peminat bolasepak dari generasi awal usia sehingga yang lanjut usia akan terdedah kepada judi. Kita tahu bahawa apabila minat, orang sanggup buat apa sahaja demi minatnya.

Setiap orang yang ada pasukan pilihannya berkemungkinan akan tertarik untuk membuat pertaruhan.

Kanak-kanak yang sudah mempunyai minat mendalam kepada bola sepak piala dunia akan minta duit daripada ibu bapa untuk membeli tiket pertaruhan. Konflik sosial akan merebak. Anak yang tidak mendapat duit daripada ibu bapa akan menderhaka ibu bapa. Kalau judi yang haram itu sanggup dicicipi, mereka tentu juga sanggup mencuri untuk berjudi.

Berjaya Corporation yang diberikan hak untuk menjual judi bola sepak akan bertambah kaya. Tidak ada syarikat perjudian yang bertambah miskin. Yang bertambah miskin adalah tahi judi.

Nilai transaksi judi setiap hari yang kini sudah pun mencecah jutaan ringgit akan meningkat berkali ganda.

Judi bola sepak, kelak akan melebar sayapnya. Bukan sahaja pada musim piala dunia ia akan dijual. Pada musim-musim yang lain juga judi bola sepak akan turut dijual. Mungkin ketika Piala Malaysia juga akan dijual. Silap-silap, ketika piala bola sepak peringkat sekolah-sekolah, murid-murid yang sudah didedahkan dengan judi bola sepak yang dijual secara terbuka akan berjudi juga. Mereka bertaruh untuk memilih jaguh masing-masing.


Pasukan polis dan penguatkuasa membanteras judi haram bolasepak akan bekerja mempertahankan judi halal bola sepak yang dijual oleh Berjaya Corporatian.

Ketika pengusaha judi haram dan pembelinya ditahan, mereka bertanya:"Di mana kami boleh jual beli judi bola sepak yang halal?"

Pasukan penguatkuasa sepatutnya menjawab:"Dapatkannya di premis-premis berjaya Corporation".
Vicent Tan duduk goyang kaki di rumah. Polis-polis yang gaji mereka dibayar oleh rakyat bekerja untuk memperatahankan perniagaan judi Vincent Tan.

Pasukan penguatkuasa sudah menjadi kumpulan gangster berlesen yang berkhidmat untuk Vincent Tan!

Apakah kerana takut negara bankrup pada tahun 2019, sumber judi yang dijadikan penyelamat?

Komen Via Facebook

1 ulasan:

JAVA NEWS said...

VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 - 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

Tunggu apa lagi?
Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

CONTACT US
- Phone : 85570931456
- PIN BB : 2B48B175
- SKYPE : VIPQIUQIU99
- FACEBOOK: VIPQIUQIU99

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.