10 March, 2010

AMK Hantar Fatwa Dr Yusuf Al Qaradawi Kepada PM

Share
sumber: suarakeadilan

SHAH ALAM 9 Mac - Angkatan Muda KEADILAN akan menghantar salinan VCD Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009 Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung fatwa beliau dalam kes fitnah dan pertuduhan liwat yang dihadapi Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya esok.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata salinan VCD itu akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

VCD berjudul “Fatwa Mutakhir Yusuf Al Qaradawi” mengandungi rakaman sidang video fatwa ulama tersohor dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

“Tujuan kami menghantar salinan VCD ini agar PM mendengar fatwa yang dikeluarkan ulama yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009 dan supaya ia menjadi panduan kepada beliau untuk mengambil tindakan dan bukan hanya berdiam diri.

“Kita mendesak Najib supaya menghormati undang-undang syariah dan fatwa dari ulama besar ini. Jika Najib gagal mematuhi fatwa ini kami cabar beliau menarik balik anugerah yang diberikan kepada Sheikh Yusuf Al Qaradawi,” tegas beliau.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari lalu di kediaman Sheikh Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.