14 February, 2010

Tamrin Pemuda Sabah: Sandakan menanti

Share

Disalin tampal dari: http://islamreturn.blogspot.com

Malam ini saya dan beberapa orang sahabat dari Sepanggar akan bertolak ke Sandakan bagi menghadiri 'tamrin pemuda' negeri Sabah. Program ini akan bermula seawal pagi esok dan akan berakhir pada hari Ahad.

Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan sahaja mengambil masa hampir 6 jam. Menurut urusetia program, tapak program yang diaturkan adalah di suatu kawasan pendalaman yang tiada bekalan elektrik.

Mengenang kembali program sebegini semasa di kampus dahulu, membuatkan hati berasa seperti kembali ke zaman tersebut. Walau apapun, semoga perjalanan pergi dan balik selamat dan memperoleh kekuatan untuk terus berjuang.


Gambar sekadar hiasan

'Tamrin' dijelmakan di dalam semangat menegakkan keadilan

p/s: Teringat kata-kata kekanda Hisyamuddin (YDP Keningau), "Tian Chua, walaupun tak pernah bertamrin tetapi semangat perjuangannya mengalahkan pemuda yang semangat bertamrin". Fikir-fikirkan.. Selamat Bertamrin Pemuda Sabah..

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.