Alhamdulillah
Saya teruja untuk turut sama memperkenalkan logo Kelab Remaja Ukhuwwah yang baru kepada umum. Maka saya mengambil inisiatif dengan meletakkan logo ini di blog saya. Logo KRU yang saya maksudkan adalah seperti yang anda-anda lihat di bawah ini.
Sebelum itu biar saya terangkan sedikit siapa sebenarnya KRU.
Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) [Link] adalah satu platform yang bernaung di bawah Persatuan Siswazah Sabah (PSS) [Link]. Organisasi ini bertujuan mengumpulkan anak-anak remaja di peringkat sekolah menengah yang mempunyai semangat yang kuat untuk mendalami Islam dan menyampaikan Islam. Di bawah pantauan PSS sendiri, KRU berjaya melebarkan sayapnya hingga hampir seluruh pelosok rantau-rantau di Pantai Barat Sabah diisi oleh cawangan-cawangan KRU termasuklah di daerah kelahiran saya sendiri [Link Kelab Remaja Ukhuwwah Sipitang] .
Kembali kepada logo di atas.Selepas daripada logo ini saya difahamkan KRU juga akan ada lagu tersendiri dan baju tersendiri. Menarik. Tahniah buat adik-adik KRU di mana pelosok dunia pun anda berada. Tahniah juga kepada seluruh sahabat-sahabat PSS yang telah memerah otak, tenaga, fikrah dan wang ringgit untuk menjadikan gagasan PSS dan KRU sampai ke tahap ini. Saya dari jauh hanya mampu tersenyum bangga (^_^).
Sebenarnya saya berminat untuk memberi sedikit komentar tanpa cadangan mengenai logo yang baru. Walaupun saya tahu logo ini sudahpun di 'launching'kan tapi saya rasa untuk penambah-baikan tak salah berkongsi idea kan? Saya rasa logo ini kurang harmoni dengan warna yang kurang 'kena' antara satu sama lain. Cuma dari sudut warna rasanya yang perlu diperbetulkan. Biar lebih kena dan nampak lebih menarik.
Walaupun begitu, saya masih tidak sabar menunggu baju dan lagu yang baru. Semoga dengan 'pra re-branding' KRU ini akan mendatangkan semangat sakti kepada seluruh ahlinya untuk lebih bersungguh dengan niat lillahitaala untuk menwarna-citrakan Sabah dengan cahaya Islam. REMAJA HARI INI PEMIMPIN HARI ESOK
P/s...Sebenarnya sebelum orang lain komen saya komen dulu... :)
0 ulasan:
Post a Comment