1) Rejim Israel telah mengepung Wilayah Ghazzah selama beberapa tahun, menyekat kemasukan makanan, perubatan dan bahan api. Wilayah Ghazzah menjadi seperti sebuah penjara besar bagi penduduk di sana.
2) Israel kemudian menyerang Ghazzah pada akhir Disember 2008 hingga Januari 2009 dengan tujuan memusnahkan umat Islam di sana dan para pejuang HAMAS yang berada di sana. Namun usaha Israel gagal dan mereka berundur.
3) Melalui sempadan Mesir – Ghazzah, bekalan makanan, perubatan dan sebagainya disalurkan kepada penduduk Ghazzah. Situasi itu menyebabkan Israel melakukan tekanan kepada Mesir termasuk melalui sekutunya, Amerika.
4) Israel mahu melihat penduduk Ghazzah mati kebuluran dan kesakitan dengan menyekat sebarang bantuan ke Ghazzah. Sekatan dan kepungan itu mesti dilaksanakan bukan saja di pihak Israel tetapi juga di sempadan Mesir -Ghazzah.
5) Pemerintah Mesir mendirikan tembok cerucuk konkrit sejauh 6 km di sempadan berkenaan dengan alasan bagi menjaga keselamatan rakyatnya. Hakikatnya tembok cerucuk berkenaan telah menyekat dan mengepung penduduk Ghazzah bagi mendapatkan sebarang bekalan dari Mesir.
6) Sebuah rombongan konvoi kemanusiaan kendalian Palestine Solidarity Campain telah bertolak dari London pada 5 Disember 2009 merentasi jalan darat melalui benua Eropah dan dijangka tiba pada 27 Disember sempena ulangtahun serangan Israel ke atas Wilayah Ghazzah.
7) Rombongan berkenaan diterajui oleh seorang ahli parlimen Britain yang telah berjaya mengumpulkan lebih 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan perubatan dan pelbagai keperluan lain bernilai lebih USD 1 juta.
Rombongan berkenaan yang bernama Viva Palestine Convoi 3 bagaimanapun disekat oleh kerajaan Mesir di Pelabuhan el-Arish yang tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan menyampaikan bantuan ke Wilayah Ghazzah.
9) Sekatan kerajaan Mesir menyebabkan bantahan masyarakat antarabangsa di seluruh dunia terutamanya pejuang hak asasi manusia, umat Islam dan seumpamanya. Rombongan konvoi juga terpaksa berdemonstrasi sehingga ada yang menerima layanan buruk daripada kerajaan Mesir. Ada yang dipukul dan dibelasah sehingga cedera parah dan berlumuran darah.
10) Tekanan antarabangsa menyebabkan kerajaan Mesir sedikit tunduk dengan membenarkan sebahagian besar pasukan konvoi bergerak masuk ke Wilayah Ghazzah. Bagaimanapun 59 daripada sejumlah 240 masih disekat daripada meneruskan perjalanan.
11) Umat Islam di seluruh dunia mesti menunjukkan sikap membantah tindakan Mesir yang menyekat dan mengambil tindakan sambil lewa terhadap sebarang usaha membantu umat Islam di Ghazzah. Mengambil sikap berdiam diri atau seumpamanya tidak bertepatan dengan saranan Nabi SAW :
a) “Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah ia ubah dengan lidahnya. Jika tidak mampu, hendaklah ia ubah dengan hatinya. Mengubah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman”.
b) “Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang Islam, ia tidak termasuk daripada kalangan mereka”.
12) Mengadakan himpunan secara aman bukan sahaja menunjukkan sikap kita terhadap sesuatu isu bahkan mendedah dan menyebarkan maklumat kepada umat Islam dan masyarakat keseluruhannya yang masih tidak mengetahuinya agar lebih mengambil berat terhadap situasi umat Islam di mana sahaja berada.
13) Himpunan aman semalam ini diadakan di perkarangan Masjid Bandar Kota Kinabalu selepas solat Jumaat. Ia dipimpin oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan turut disertai oleh Angkatan Muda Keadilan Negeri Sabah serta wakil pelbagai NGO yang prihatin serta umat Islam yang berada di sana.
14) Ramai wartawan akhbar hadir dan mengambil liputan. Para pegawai keselamatan dari PDRM turut mengawal lalu lintas dan memberikan kerjasama yang baik terhadap himpunan aman ini. Himpunan ini berakhir kira-kira jam 1.40 petang.
0 ulasan:
Post a Comment