Sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/
Pemimpin UMNO yang suatu ketika dahulu mentah-mentah menolak wujudnya minyak di perairan Kelantan, yang melayakkan Kelantan mendapat 5% royalti Minyak daripada Petronas, pastinya mereka yang paling gembira menerima RM 20 juta wang Ehsan (Sepatutnya royalti).
Kenapa begitu tidak malu Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Awang Adek Husin menerima ehsan daripada perompak hak rakyat Kelantan. Apakah mereka juga ada habuan tertentu? Pastinya ada keuntungan peribadi atau habuan kepada kelompok tertentu daripada wang ehsan ini. Masakan tidak sehingga mereka sanggup berbohong kepada rakyat Kelantan.
Kenapa pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh mahu dan berbangga menerima RM 20 juta ini? Adakah mereka ini yang berusaha, berjuang, turun ke laut untuk membuktikan rakyat Kelantan layak menerima 5% royalti yang akhirnya ditukar kepada wang Ehsan. Kalau betul itu hak rakyat Kelantan, Wang itu diserahkan kepada Kerajaan Kelantan yang dipilih oleh rakyat. Apa lagi kerajaan Kelantan sekarang bukan lagi kerajaan yang menang dengan satu kerusi dan kelebihan 2 undi. Kerajaan Kelantan sekarang, menang dengan majoriti 2/3. Hanya tinggal enam jahanam ADUN UMNO dalam Dewan rakyat Kelantan. UMNO telah ditolak rakyat Kelantan. UMNO Kelantan bukan mewakili rakyat Kelantan tapi tidak lebih daripada bakul yang menyimpan manusia-manusia yang rakus mengejar habuan sekalipun menyedari bakal merugikan rakyat Kelantan.
Kenapa wang Ehsan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang jelas ditunggani oleh pemimpin-pemimpin UMNO? Sudah 20 tahun PAS diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan untuk mentadbir Kelantan. Pemimpin PAS Kelantan telah membuktikan ketelusan dan kebolehpercayaan mereka mengurus tadbir negeri. Rakyat marhain yang setaip saat diasak oleh media korup Barisan Nasional, masih yakin dengan kepimpinan PAS. Kenapa Kerajaan Pusat, Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh mempercayai Pimpinan Kerajaan Negeri?
Apakah teruk sangat pemimpin PAS Kelantan. Mereka tidak pernah larikan duit jutaan Ringgit ke Australia. Mereka juga tidak pernah menghilangkan engin Jet, bom c4, apatah lagi terlibat dalam skandal PKFZ. Kalaulah lemah mereka mentadbir, tiada pemimpin PAS yang menjaga keselamatan sehingga senjata api diangkut keluar berlori dari kem tentera. Jauh sekali daripada kedengaran, pembunuhan perempuan yang mereka zalimi!
Ya... kita boleh akui, ada pemimpin PAS yang suka pada perempuan.(Lelaki yang tidak suka pada perempuan adalah lelaki tidak normal). Mereka terlibat dalam perkahwinan yang lebih daripada satu, mereka menikahi perempuan belasan tahun, mereka.... mereka KAHWIN. Perkahwinan tidak bertentangan dengan Islam, agama yang menjadi dasar perjuangan mereka cuma jijik dan hodoh pada pandangan pemimpin UMNO. Mungkin baik, comel bagi UMNO, yang bermesra dengan artis. Tunjuk manco! Kahwini artis-artis popular dan bantu mereka menunjukkan babak berkembang sehingga jutaan ringgit.
Tidak malukah Ibrahim Ali, suatu ketika dahulu, pentas demi pentas dia mengutuk dan menghina Stopa anak Stawa (gelaran yang diberikan Ibrahim kepada Mustapa Mohamed). Sekarang, bila dibayangkan RM20 juta, wang tutup mulut yang dirompak daripada bumi Kelantan. Sepatutnya, Ibrahim Ali yang begitu rapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah, rujuk Ku Li, Apakah kelayakan rakyat Kelantan sebenarnya..........
UMNO, Stopa Mamad, Awang Adek dan Brahim Ali tidak layak bergembira dan menjadi mereka yang mengagih wang rakyat Kelantan. Mereka adalah mereka yang ditolak oleh rakyat. Mereka adalah mereka yang tidak diberi kepercayaan oleh rakyat kelantan untuk mengurus hak rakyat Kelantan.
0 ulasan:
Post a Comment