29 March, 2012

Minta Izin meninggalkan kerja Jama'ah

Share


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ فَأْذَن لِّمَن شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka Itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Maka apabila mereka meminta izin kepadamu Karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(Surah An-Nur: ayat 62)


Allah menggesa orang beriman agar menjaga adab dengan Rasulullah SAW. Ketika hendak masuk bertemu Rasulullah SAW, ucapan salam didahulukan, maka ketika hendak meninggalkan Rasulullah SAW juga hendaklah minta izin daripada baginda. Seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya datang dan pergi. Perbuatan semberono sebegitu merupakan perangai orang munafiqin. 


Bagi yang menyertai perjuangan Islam, perlu melihat ayat ini dalam konteks penyertaannya dalam perjuangan Islam di bawah pimpinan ketuanya. Ketika dia mahu menyertai perjuangan, dia nyatakan keinginannya untuk menyertai dengan pengisytiharan. Borang keahlian diisi dan komitmen dinyatakan. Ia seperti ucapan salam yang dihadapkan kepada Rasulullah SAW oleh para sahabatnya yang datang bertemu dengannya. Justeru, sepanjang bersama pemimpin jama’atul muslimin yang memimpin perjuangan Islam, adab-adab hendaklah dipelihara. Antaranya adalah “assam’u wat to’ah” (Dengar arahan dan patuh), tidak menyeru pimpinan dengan panggilan lantang yang biasa diserukan kepada orang lain dan apa-apa sahaja perbuatan yang menyakitinya. 


Hatta...bila mahu meninggalkan jama’ah, keizinan hendaklah dipinta. Misalnya seorang yang sudah lama memagang jawatan dalam jama’ah, dia tidak boleh meletakkan jawatan sesuka hatinya. Kebenaran dari pimpinan hendaklah diperolehi. Jika dia meletakkan jawatan sesuka hati, perbuatan itu adalah mirip kepada mereka yang mahu lari dari perjuangan. Lari daripada perjuangan pada masa Rasulullah SAW menjadi tabi’at orang-orang munafiq. 


Alangkah lancangnya sesetengah anggota jama’ah perjuangan Islam di Malaysia dewasa ini. Ada yang suaranya lebih lantang daripada ketua. Ada yang masuk dan keluar sesuka hati. Masuk bila rasa suka kepada jama’ah dan keluar bila sudah bosan atau tidak suka dengan sesuatu yang tidak cocok dengan dirinya dalam jama’ah. Apa yang harus dikatakan buat orang seperti ini? Sesungguhnya mereka melepaskan diri daripada ikatan Islam setelah menambat diri mereka dengan Islam. Mereka yang sebegitu, sebagaimana yang diperingatkan nabi SAW sedang menempa jalan mati jahiliyyah. 


Wal Iyazubillah!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.