Salam alayk'. Saat mengarang entri ini, penulis bertemankan kedamaian dan ketenangan suasana. Apatah lagi, hujan yang menghambat membasahi bumi ketika ini melunakkan lagi jiwa yang sentiasa penuh menagih simpati redha dari Sang Pencipta.
Apa tujuan penulis mengarangi perihal ini?. Adakalanya kita hidup dalam bergelak ketawa dan juga adakalanya kita dirundung kesempitan dan kedukaan kesan daripada badai yang melanda segenap kehidupan.
Apa tujuan penulis mengarangi perihal ini?. Adakalanya kita hidup dalam bergelak ketawa dan juga adakalanya kita dirundung kesempitan dan kedukaan kesan daripada badai yang melanda segenap kehidupan.
Kehidupan kita sebagai hamba ALlah di dunia ini ibarat seorang musafir. Singkatnya perjalanan kita ini ibaratnya seperti seorang musafir yang berkelana seketika dibawah sepohon kayu rendang yang mana ia akan meneruskan perjalanannya ke negeri abadan abada' yang kekal dan abadi iaitu akhirat.
Kehidupan kita semestinya penuh dengan duri rintangan dan cabaran dihadapan. Adakalanya menyebabkan kita tersungkur seketika sehingga kehilangan upaya bangkit kembali. Ingatlah! Tuhan itu selalu menguji. Adakah baik ciptaanNya itu ataupun tidak, adakah kuat hambaNya itu ataupun lemah. Mungkin sahaja susuk tubuh yang diuji itu tabah ataupun rebah dengan putus asanya.
Betapa Allah itu mengenali diri kita sedalam-dalamnya, ia mengetahui apa yang baik untuk kita mahupun tidak. Sedangkan pereka cipta manusia pun mengetahui apa yang perlu ada pada ciptaannnya, inikan pula Sang Khaliq Yang Maha Agung. Adakah kita lupa bahawa kita ini selalu mengakui keimanan kepadaNya, namun dimana iktiqad itu menghilang gara-gara kerana setitik kesenangan dan keperitan yang Dia turunkan sebagai ujian, maka kita tersungkur tidak ketepian merasai kekecewaan. Ingatlah firman ALlah:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Qs 29:2).
Ujian memeritkan, namun ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam mendekatkan diri kepada ALlah Rabbul Jalil. Kerana ujian dan keperitan hiduplah, diri terus terngadah daripada lamunannya. Kerana virus kegelisahan inilah, maka didatangkan sakinah sebagai vaksinnya. Adakalanya, mereka yang gagal untuk bangkit akan kekal sepertinya sehingga tibanya suatu ketetapan. Namun, piala kemenangan diberikan kepada mereka yang menyerahkan keputusan dan kebergantungan sepenuh hidupnya kepada ALlah.
"Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi" (Qs 20:7)
Dia telah memberi saranan, mengadulah kepadaNya. Ketahuilah, kepada ALlah sahaja tempat sebaiknya berserah, thabatkanlah dirimu di dalam landasan kehidupan yang penuh dengan dugaan ini. Andai rebah bangkitlah semula, andai terhiris ingatlah janjiNya. Sejauh mana kita meminta??
Tribute buat sahabat yang sentiasa berada di medan perjuangan.. Thabatlah..
0 ulasan:
Post a Comment