18 July, 2011

PELANCARAN DANA INSTITUSI PENDIDIKAN P.U.M.

Share

sumber: http://abunuha.wordpress.com

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DAN PELANCARAN DANA INSTITUSI PENDIDIKAN PUM

Dengan usianya yang telah melebihi 35 tahun, PUM kini sedang melangkah menuju matlamat dan cita-cita untuk membangunkan sebuah Institusi Tahfiz dan Pusat Tarbiyyah sendiri. Pusat tersebut bakal di anggap sebagai kesinambungan kepada tradisi keilmuan silam yang akan dijelmakan dalam konteks dan wajah masa hadapan.

Alhamdulillah, pada awal tahun 2009, PUM telah menerima dengan sempurna sebidang tanah seluas 4 ekar (1.2319 hektar) wakaf daripada Tuan Haji Ahmad Dahlan Bin Jali@Mokthar. Lokasi tanah tersebut terletak di Lot 401 dan 427, Jalan Sungai Lalang, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor.

Sehubungan dengan pewakafan tersebut, PUM merancang untuk membangunkan sebuah kompleks Institut Tahfiz dan Pusat Tarbiyyah. Kompleks tersebut akan menempatkan Pusat Tahfiz (Blok Sekolah) lengkap bersama bilik asrama lelaki dan perempuan pada Lot 401. Manakala Lot 427 akan dibangunkan sebuah surau komuniti dan beberapa buah rumah kakitangan untuk menempatkan guru-guru institut tersebut.

Mengikut perancangan yang telah diatur, blok sekolah setinggi 3 tingkat tersebut akan mempunyai 18 bilik kuliah yang selesa bagi menampung maksima 288 orang pelajar (16 pelajar bagi setiap bilik darjah), masing-masing 2 bilik makmal, bilik bacaan, surau, bilik guru; masing-masing sebuah perpustakaan, bilik rawatan, bilik pengetua, bilik lawatan, stor dan tandas. Manakala blok asrama setinggi 2 tingkat akan mempunyai 32 bilik (8 pelajar setiap bilik), bilik rehat, bilik utiliti dan bilik mandi. Asrama tersebut juga akan mempunyai dua unit rumah guru/warden bagi menjaga kebajikan para pelajar.

Di samping itu, sebuah surau komuniti pula akan dibina yang mampu menampung seramai 230 orang jemaah pada satu-satu masa. Surau tersebut akan terletak bersebelahan dengan enam unit rumah guru yang bersaiz selesa. Setakat ini, tanah projek tersebut telah diratakan, di mana kebanyakan pohon asal dan hutan belukar telahpun dibersihkan mengikut sempadan tanah. Kerja-kerja Ukur dan Aras Tanda juga telah selesai dijalankan. Sehingga kini, PUM telah membelanjakan sekitar RM30,000 untuk kerja-kerja tersebut.

Mengikut perancangannya juga, kos keseluruhan pembangunan kompleks ini, tidak termasuk kelengkapan dalaman dan keperluan asas seperti pemasangan bekalan air dan elektrik berjumlah RM 5.65 juta. Manakala mengikut perancangan PUM, Insya’ Allah, jika kedudukan kewangan mengizinkan projek ini akan mengambil masa kira-kira 30 bulan untuk disiapkan. Segala-galanya tertakluk pada keizinan Allah dan perolehan kewangan.

Pecahan-pecahan keperluan perbelanjaannya adalah seperti berikut:

* Kos pembinaan sekolah – RM 2.20 juta

* Kos pembinaan asrama – RM 1.80 juta

* Kos pembinaan dewan makan – RM 0.35 juta

* Kos pembinaan surau – RM 0.30 juta

* Kos pembinaan rumah guru – RM 1.00 juta

Jumlah RM 5.65 juta

Untuk itu, PUM merayu kepada seluruh umat Islam yang prihatin, termasuk ahli-ahli korporat, tokoh-tokoh usahawan, syarikat-syarikat swasta serta orang ramai agar berganding bahu dengan PUM bagi menjayakan pembinaan projek pendidikan ini. Sehubungan dengan itu bagi mencari dana Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pembinaan Institusi Pendidikan PUM bagi tujuan tersebut. Majlis ini diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 Julai 2011 (Sabtu)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, Shah Alam.

Tiket berharga RM100.00 bagi 1 kerusi. Pembelian 1 Meja digalakkan dengan harga RM1000.00. Pihak PUM mengalu-alukan individu atau kumpulan untuk turut serta hadir sambil menyumbang derma atau menaja pembelian kerusi/meja (Pelaburan sebanyak RM100.00 seorang atau RM1,000.00 satu meja).

Orang ramai juga boleh membantu dengan menyumbang dana wakaf pembangunan projek dari semasa ke semasa. Setiap sumbangan akan mendapat PENGECUALIAN CUKAI LHDN. Malah yang lebih utama ia merupakan amal jariah yang berterusan di sisi Allah SWT.

Sebarang maklumat lanjut dan apa-apa pertanyaan mengenai kompleks ini, sila hubungi : 019-3799101 / 013-384 0710 / 013-9913048. Manakala sumbangan yang ingin diberi boleh di buat atas nama PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA (Bank Islam Malaysia Berhad – Seksyen 14, Petaling Jaya : 12-047-01-000112-7)

Tiket berharga RM100.00 bagi 1 kerusi. Pembelian 1 Meja digalakkan dengan harga RM1000.00. Pihak PUM mengalu-alukan individu atau kumpulan untuk turut serta hadir sambil menyumbang derma atau menaja pembelian kerusi/meja (Pelaburan sebanyak RM100.00 seorang atau RM1,000.00 satu meja).

DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR

Setiausaha Agung

Persatuan Ulama’ Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302

http://www.pum.org.my

http://ulamadaily.blogspot.com/

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.