05 July, 2011

MIC mahu India Sabah diberi tanah dan hak kerakyatan

Share

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com

Presiden MIC, Datuk G Palanivel mahu kerajaan BN Sabah memberikan kaum India di negeri itu taraf kerakyatan Penduduk Tetap selain memberikan tanah kepada mereka.

Ini kerana dakwa G Palanivel, pada 1950-an, kaum India dari Semenanjung yang di bawa masuk Sabah dijanjikan sekurang-kurangnya 15 ekar tanah dari kerajaan British di negeri itu.

"Kami mempunyai dokumen untuk menyokong desakan ini kerana sesetengah generasi lama sudah meninggal dunia tetapi anak-anak mereka berharap janji ini ditunaikan

"Saya akan mengetengahkannya semasa perjumpaan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, kemungkinan dalam bulan September," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Sabah, pada 4 Julai lalu.

Beliau turut menjadikan alasan sokongan kaum India yang didakwanya sudah kembali menyokong BN sebagai ugutan agar tuntutan itu dipenuhi.

"Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) mendengar pandangan kita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melibatkan masyarakat India di negara ini.

"Dengan pendekatan ini, saya yakin kaum India akan kembali menyokong BN," katanya.

Pada 23 Mei lalu, Naib Ketua Cabang KEADILAN Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendakwa sebahagian besar ahli Parti MIC Sabah adalah pengundi hantu.

Ini kerana katanya, menurut Banci Penduduk 2010, bilangan kaum India di Sabah hanya 12,004 orang sahaja dan daripada jumlah itu hanya 6,886 sahaja yang layak menjadi ahli dan boleh mengundi selain bakinya, 5,118 di bawah umur.“Warga India daripada India yang mendapat IC Projek daripada BN majoritinya adalah ahli UMNO dan MIC terpaksa menggunakan pendekatan mencipta ahli hantu bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan dan bahagian di Sabah.

“Jika hanya 6,886 boleh menubuhkan satu Badan Perhubungan Negeri, maka berapakah jumlah ahli yang ada di bahagian dan cawangan-cawangan?

"Jumlah itu termasuk yang menyertai KIMMA, berkecuali dan sudah meninggal dunia,” kata Zainuddin.

Zainuddin memberi contoh bagaimana MIC dalam Parlimen Silam dianggotai ahli yang tidak wujud kerana jumlah sebenar ahli MIC di Silam kurang 100 orang.

Selain itu, beliau turut membidas Kementerian Pelajaran dan pihak berkuasa tempatan kerana gagal mengambil bertindak menutup Kolej Tiram di Lahad Datu yang dimiliki Pengerusi MIC Silam, Nagaraju Appalasamy, walaupun Kementerian Pelajaran mengesahkan kolej berkenaan Haram!

“Apakah kerana Nagaraju Pengerusi MIC Silam, maka beliau bebas melakukan apa sahaja termasuk melakukan penipuan dan jenayah?,” soal Zainuddin.

MIC Sabah ketika ini diterajui Datuk V Jothi yang mendapat jawatan lumayan dari kerajaan Umno BN Sabah sejak MIC memasuki negeri itu pada awal 90-an.Kerajaan sehingga kini membisu mengenai kehilangan ratusan ribu warga India yang memasuki negara ini tetapi pada masa sama meluluskan puluhan ribu warga India untuk bekerja di Malaysia sebagaimana diumumkan Menteri Sumber Manusia, S. Subramaniam beberapa bulan lalu.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.