30 March, 2011

PEMUDA PAS SABAH SEDIA HADAPI PILIHANRAYA SARAWAK

Share
Sumber: http://www.sabahkita.net/v2/



KOTA KINABALU : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah amat komited membantu jentera Pakatan Rakyat di pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pada bulan april ini. Ketuanya Lahirul Latigu (Gambar) telah menyatakan kesungguhan untuk menggerakkan seluruh jentera pemuda PAS Negeri Sabah bagi membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan di Sarawak kali ini.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kawasan Putatan kali yang ke-11 di pejabat baru PAS Putatan Asia City Kota Kinabalu.

Dalam pada itu Lahirul menggesa agar seluruh jentera PAS bersiap sedia dari segenap sudut bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

“PAS  telah lama bertapak di Sabah dan pernah mempunyai rekod penerimaan yang baik dikalangan masyarakat diawal kelahiran PAS di sini satu ketika dulu”. katanya.

Tambah beliau lagi “Seharusnya seluruh jentera PAS Putatan ini sudah bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat di kawasan ini terutamanya dalam misi untuk menggantikan Barisan Nasional yang dilihat gagal mentadbir rakyat negeri ini dan amnya Malaysia itu sendiri”.

PAS Kawasan Putatan yang pertama kalinya mengadakan di premis mereka sendiri menyaksikan perubahan kepimpinan utamanya dimana Ustaz Nuruddin Ibrahim telah dipilih sebagai Yang DiPertua yang baru, manakala Ustaz Ajmain Mustapa dipilih sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Lahirul dipilih sebai Naib Yang DiPertua.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.