Masjid al-Syakirin Kampung Nandagan, sook kini hampir siap sepenuhnya apabila kerja-kerja terakhir dilakukan pada 8 Mei 2011 baru-baru ini. Masjid yang dibina dengan keluasan 30 kaki panjang dan 30 kaki lebar dengan ketingggian 9 kaki tinggi itu menelan belanja hampir RM 40,000.00 hasil sumbangan umat Islam dari negeri ini dan juga seluruh Malaysia.
Walaupun kerja-kerja yang dinggap mulia ini cuba diusahakan oleh PAS, namun masih terdapat segilintir pihak yang masih dilihat tidak berpuas hati dengan usaha ini. Apabila berita pembinaan masjid tersebut tersebar ke seluruh Malaysia melalui laman-laman blog dan akhbar-akhbar tempatan, kelihatan pihak-pihak tertentu yang memberikan pelbagai tekanan dan ancaman kepada sesiapa yang bekerjasama dengan PAS dalam usaha ini.
Walaupun masyarakat dan penduduk setempat mendapat tekanan yang tidak kurang hebatnya dari pihak-pihak berkuasa dan parti-parti plitik pemerintah, namun semangat untuk melihat wujudnya sebuah tempat ibadah umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah dapat dibangunkan. Sehingga kini, kerja-kerja mengecat sedang dijalankan dan dijangkakan suatu majlis besar-besaran akan dilakukan sebagai tanda penyerahan masjid itu kepada pihak penduduk.
RUMAH IBADAH YANG DAHULUNYA BAGAI REBAN AYAM
RUMAH IBADAH YANG DAHULUNYA BAGAI REBAN AYAM
Suatu keadaan yang amat menyentuh perasaan sesiapa yang celik mata hatinya apabila melihat keadaan masjid lama kampung ini. Hal inilah yang mendesak PAS bekerja keras mendapatkan sumbangan dan membina sebuah rumah ibadah yang sempurna untuk umat Islam di sini. Apa yang menyedihkan lagi, pelbagai usaha telah dilakukan oleh penduduk kampung untuk mendapatkan bangunan masjid baru yang lebih baik, namun uasah tersebut di akhiri dengan dukacita. Pernah beberapa pucuk surat dikemukakan kepada YB yang bertanggungjawab di kawasan itu untuk mendapatkan bantuan bagi membaikpulih atap masjid yang uzur, namun sehingga kini surat tersebut lansung tidak dilayan walaupun tertera di atas surat tersebut kelulusan permohonan itu. Apa sudah jadi dengan pemimpin negara kita...PAS MEMBELA MASYARAKAT ISLAM
Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dari sudut kewangan dan sumber material, namun PAS Keningau tetap gagah melangkah mendapatkan bantuan dan sumbangan dari pelbagai pihak demi membela masyarakat Islam di kawasan ini. PAS bukanlah parti pemerintah yang punya banyak sumber kewangan; namun keihklasan dan berkat doa sekalian umat Islam yang cintakan Islam, maka usaha ini dapat juga dilaksankan dengan jayanya.
Berbeza BN yang umum mengetahui, kaya dengan kewangan, tambahan lagi sebagai pemerintah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan sekalian penduduk dilihat gagal membela nasib masyarakat Islam yang memrlukan bantuan dan sumbangan. Bukan setakat itu sahaj, apabila bantuan cuba dihulurkan dari pelbagai pihak terutamanya dari parti Pembangkang, ada sahaja halangan dan ancaman cuba diberikan. Inikah sikap kerajaan yang kononnya cuba menjadi juara pembela agama pada hari ini....bak kata pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi".
0 ulasan:
Post a Comment