08 April, 2011

PAS Bertanding di 5 Tempat Pada PRU Sarawak Kali Ini

Share
Sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com/


Salam alayk'.. Pilihanraya Umum Sarawak (PRU Sarawak) kian panas apabila telah masuk ke dalam tempoh berkempen selama 10 hari setelah penamaan calon pada 6 April 2011 yang lepas. Amat sukar jika nak memerhatikan keseluruhan perkembangan 71 buah kerusi yang dipertandingkan, namun penulis hanya memerhatikan 5 buah kerusi yang mungkin berdekatan di area Kuching iaitu DUN Muara Tuang, DUN Tanjung Datu, DUN Sebuyau, DUN Sadong Jaya dan DUN Beting Maro dan ini semua adalah kerusi yang dipertandingkan dan direbut oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai wakil dari Pakatan Rakyat bagi menetang Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, adalah mencipta satu kejayaan besar jika PAS dapat memenangi satu daripada kelima kerusi ini yang mana terbukti bahawa parti Islam ini telah diterima oleh masyarakat Sarawak tidka mengira agama atau etnik bagi melakukan transformasi ke dalam kehidupan mereka.





Penulis dalam tempoh penamaan calon, telah turun memantau ke DUN Sebuyau. Empat hari sebelum penamaan calon, penulis telah bertemu beberapa sahabat blogger seperti blogger-blogger Topeng Perak bagi berkongsi dan menganalisis arus politik sempena pilihanraya ini. Dalam perkembangan di DUN Sebuyau, calon PAS iaitu Abang Eddy Allyani telah diiring oleh Presiden PAS iaitu Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS. Namun di tempat penamaan calon, terdapat sedikit ketegangan diantara peguam PAS dan pegawai polis. Kejadian itu berlaku apabila pegawai polis terbabit tidak membenarkan calon PAS untuk masuk pada awalnya untuk menghantar borang pencalonan. Akhirnya, pegawai polis itu membenarkan setelah melihat ketegasan oleh peguam PAS.















Lain kes pula di DUN Muara Tuang, SPR telah menolak bantahan yang dikemukakan oleh PAS kepada calon BN iaitu Muhammad Ali Mahmud iaitu adik kepada Taib Mahmud setelah calon BN berkenaan gagal mengemukakan penyata kewangan setelah beliau bertanding sebagai calon BN pada PRU yang lepas biarpun pencalonan sepatutnya ditutup pada jam 12.00 tengahari. Hal ini menyebabkan SPR "memberi muka" kepada calon BN terbabit dan akhirnya pengumuman calon pada jam 1.30 petang. Akhirnya PAS membawa hal ini ke mahkamah dengan menghantar petisyen.

p/s: Ketibaan Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Seri Nik Aziz Bin Nik Mat pada malam 10hb April 2011. Sumber mengatakan bahawa ulama mujtahid berkenaan akan berceramah di DUN Muara Tuang dan DUN Sadong Jaya. Selamat berpilihanraya buat semua. Takbir!!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.