15 April, 2011

Konvoi bermoto PAS mengiringi kedatangan DS Anwar Ibrahim ke Kg. Semera Laut

Share

sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Petang tadi, aku berkesempatan merakamkan konvoi bermoto PAS yang disertai oleh pemuda tempatan didalam mengiringi DS Anwar Ibrahim ke Kg.Semera Laut. Semasa tiba di tempat ceramah DS Anwar Ibrahim, seperti yang dijangkakan kehadiran penduduk setempat memenuhi sehingga ke jalanraya. Ini membuktikan bahawa pengaruh Anwar di bumi Kenyalang ini masih berbisa dan tidak tergugat dengan fitnah terhadap beliau. Pada siri ceramah beliau, Anwar mengingatkan bahawa rakyat Sarawak harus berani membuat perubahan demi masa depan serta kekayaan Sarawak mesti dikembalikan kepada rakyat dan bukan dibolot oleh pemimpin BN.

Pemuda PAS dari masyarakat setempat semangat berkonvoi motosikal ke tapak ceramah DS Anwar Ibrahim

Salah seorang dari masyarakat setempat yang memberi sokongan penuh terhadap program konvoi anjuran PAS

Sebelum dari itu, bekas penyayai 'rock kapak' yang terkenal dari kumpulan Gama iaitu saudara Blank telah menyampaikan lagu-lagu hit 80-90an bagi meghiburkan masyarakat yang hadir. Beliau yang masih mempunyai peminat tersendiri telah menyampaikan lagu 'Bunga-bunga cinta' serta mendapat sorakan gemuruh dari masyarakat yang hadir mendengar.


'Kamik mau Ubah'.. 'Kamik mau Ubah'.. 'Kamik mau Ubah' menjadi laungan masyarakat setempat seusai program di Kg. Semera Laut.

Petugas PAS dipukul

Setiba aku di markas UPU Jemukan, kami dikejutkan dengan kejadian petugas PAS dipukul dan diugut. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 5.30 ptg tadi apabila dua orang petugas PAS sedang menjalankan tugas mengedar surat kabar Harakah dari rumah ke rumah. Apabila mereka ingin kembali, penyokong BN yang ramai (berkumpul di markas BN) telah menyekat petugas PAS tersebut dan ingin merampas Harakah yang dibawa. Namun, ianya dipertahankan menyebabkan mereka mula menekan dan akhirnya memukul belakang petugas PAS tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa berasa sakit dibelakang bahu dan sehingga kini masih memikirkan untuk mengambil tindakan lanjut.