06 February, 2011

Ijtima' Tarbawi Kini, Di Tempat Kami

Share
Sumber: http://wardahal-jannah.blogspot.com/

Alhamdulillah setelah ana berpeluang mengikuti Ijtima' Tarbawi diperingkat pusat yang diadakan di Terengganu lalu, kini Ijtima' Tarbawi Peringkat Negeri Sabah pula diadakan selama 3 hari 2. Banyak input yang ana perolehi dan boleh dijadikan bekalan disepanjang perjuangan. Alhamdulillah ya Allah kerana Engkau memilih kami untuk duduk dalam perjuangan ini.

Cita-cita kami untuk menghijaukan bumi Sabah setinggi dan seteguh gunung Kinabalu.

Dirasmikan oleh Ustaz Nasruddin At-Tantawi (DPPP), mengupas sebab-sebab kenapa perlunya Ijtima' Tarbawi perlu dilaksanakan. Ini baru muqadimah belum isinya.








Dengan kehadiran bilangan muslimat yang ramai, DPPNS berjaya mencapai target untuk ijtima' yang julung-julung kalinya di negeri Sabah. Tahniah muslimat!
"Pemuda adalah tiang negara dan pemudi adalah tiang pemuda."`Ust. Nasruddin At-Tantawi 

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah-71)
Pembentangan Kertas Kerja 1. Subhanallah.."Murnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan"
Sekiranya tidak ada ketaatan kepada pimpinan, ia akan menghalang kelancaran, pentadbiran dan pengurusan jemaah.
Forum bersama 3 panen yang mantap.

 Diantara isu yang dikupas ialah delima muslimat harakah. Insyallah ana akan sentuh pada post yang akan datang. "...sesiapa yang datang dari semenanjung, guru semenanjung yang belum berkahwin, kalau boleh kita letak keputusan, dia mesti kahwin dengan orang sabah. Buat kerja Islam di Sabah kerana pahalanya sangat besar..."Allahuakhbar -Ust. Anuar Ali (Exco DPPP)
Ceramah Umum yang disampaikan oleh Ayahanda Aminuddin, Akhi Lahirul, Ust.Nasruddin, Ust. Nik Zawawi Soleh, Ust Nik Abduh.

Matlamat kita didalam perjuangan bukanlah matlamat untuk jangka pendek. Tetapi kita mempunyai matlamat akhir iaitu matlamat untuk memperolehi redha Allah SWT. Perjuangan kita bukanlah hanya pada politik tetapi perjuanga kita lebih daripada itu. Ahli harakah Islam perlu jelas bahawa kita bukanlah sekadar parti politik yang bercita-cita untuk menawan putrajaya, tetapi kita adalah diantara sayap-sayap gerakan Islam sedunia yang menjadi mata rantai perjuangan rasul junjungan Nabi Muhammad SAW.
Ust. Nasruddin dan Ust. Nik Zawawi meninggalkan perjuangan disini untuk meneruskan lagi perjuangan yang lebih besar di semananjung
Sebagai penutup Ijtima' Tarbawi Negeri Sabah, Ust. Nik Abduh bin Tg. Nik Aziz menyampaikan amanat untuk pengerak-pengerak negeri Sabah. AllahhuAkhbar!
Buat muslimat Harakah Islam, ana mendoakan agar kita menjadi menjadi mawar indah yang berduri didunia dan yang akan mekar di syurga. Moga bisa kita lalui onak berduri yang dipilih dengan kerelaan sendiri, demi mengapai keredhaan Illahi.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.