10 February, 2011

Halaqah Riyadhus solihin 2(HARIS 2)

Share

sumber: http://anaktokimam.blogspot.com

Taubat

Kata ulama taubat itu wajib bagi setiap orang yang melakukan dosa. Sekiranya dosa dan maksiat itu di antara hamba dan Allah SWT, tidak ada hubungkait dengan manusia maka ada tiga syarat taubat iaitu yang pertama berhenti daripada maksiat, kedua menyesal di atas perbuatan maksiat dan yang ketiga berazam tidak akan kembali melakukan maksiat.

Jika dosa dan maksiat itu bersangkutan dengan manusia lain maka perlu ditambah satu syarat selain daripada tiga syarat di atas iaiutu hendaklah si pelaku dosa meminta dihalalkan (minta maaf) kesalahan yang dia lakukan ke atas saudaranya itu.

قال الله تعالى " وتوبوا إلى الله جميعا أيها المؤمنون لعلكم تفلحون " النور

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(an-nur:31)

قال تعالى " استغفروا ربكم ثم توبوا إليه " هود

mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, (Hud:52)

قال تعالى " يا أيها الذين آمنوا توبوا إلى الله توبة نصوحا " التحريم

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). (at-tahrim:8)

Taubat nasuha ialah taubat yang bersungguh-sungguh, bukan main-main seperti taubat daripada memakan sambal pedas. Seseorang apabila dihidangkan sambal kesukaannya dia akan makan. Apabila selesai makan dia berkata “Pedasnya sambal ini, taubat aku tak makan lagi selepas ini”. Namun apabila dihidangkan lagi dia pasti akan makan lagi. Ini taubat main-main.

Taubat yang sebenar dia pasti tak akan mengulangi lagi perbuatan itu. Saya pernah dengar bekas mufti negeri Kelantan buat analogi taubat nasuha ini seperti taubat seorang yang terjerlus kakinya ke dalam lubang tahi. Dulu tandas kampung terletak di belakang rumah berbentuk lubang yang diletak di atasnya dua kayu untuk berpijak.

Ada seorang hamba pada malam hari nak ke tandas. Dalam keadaan tergesa-gesa dia memijakkan kakinya di atas kayu pemijak untuk qadha hajat. Tiba-tiba praaap! Kayu pemijak tadi patah dan kakinya terus jerlus masuk dalam lubang tahi yang penuh dengan tahi. Dia pun berkata “Taubat aku tak pergi lagi ke tandas tadi”.

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة رواه البخاري

Dan daripada Abi Hurairah RA katanya “Aku dengar rasulallah SAW bersabda: Demi Allah! Sesungguhnya aku beristirgfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada tujuh puluh kali sehari”- Al-Bukhari.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.