28 December, 2010

Zikirullah Makanan Hati

Share
Sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com/


Bismillahirrahmanirrahim.

Diri kita ada dua. Satu ialah diri yang zahir dan satu lagi ialah diri yang batin. Diri yang zahir perlukan makanan untuk menambahkan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian. Begitu juga diri yang batin perlukan makanan untuk menambahkan tenaga kepada yang batin. 

Namun yang demikian, jika diri yang zahir sahaja kita berikan makanan, belum tentu yang batin akan bertenaga. Malah jika diri yang zahir diberikan makanan secara berlebihan mengakibatkan diri yang batin akan dekat kepada kematian iaitu akan semakin jauh daripada Allah SWT.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah makanan diri batin kita supaya memberikan tenaga yang baik kepada kita baik yang zahir ataupun yang batin.

Zikrullah merupakan makanan kepada diri batin kita. Sabda Rasulullah SAW : 

"Allah SWT berfirman : 'Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kepada-ku. Jika dia berzikir (mengingati-Ku) dalam dirinya maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia menyebut nama-Ku di dalam sebuah perhimpunan maka Aku akan mengingatinya dalam perhimpunan yang lebih baik daripada perhimpunannya." (Riwayat Al-Bukhari no. 7405 dan Muslim no. 2675)

Ibn Abbas RA menegaskan :

"Sesungguhnya setiap kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya ada batasannya. Bagi yang uzur, dimaafkan oleh-Nya. Namun tidak bagi zikrullah. Tidak ada batas dan uzur yang dapat diterima untuk keringanan daripada zikir kecuali apabila akal seseorang itu telah berubah menjadi gila."

Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari telah menyebut dalam al-Hikam :

"Jangan kamu meninggalkan zikir kerana merasakan tidak adanya kehadiranmu (tumpuan) bersama Allah ketika berzikir itu. Sebab kelalaian kamu daripada berzikir (tidak langsung berzikir) adalah lebih bahaya berbanding kelalaian kamu ketika sedang berzikir walaupun tanpa tumpuan . Mudah-mudahan Allah SWT mengangkat (mengurniakan) kamu daripada (maqam) zikir dalam keadaan lalai kepada zikir penuh kesedaran, daripada zikir penuh kesedaran kepada zikir yang penuh tumpuan , daripada zikir penuh tumpuan kepada zikir yang melupakan segalanya kecuali Zat Yang Maha Sempurna yang hanya (Dia) layak diingati. Hal itu tidaklah sukar bagi Allah Yang Maha Mulia."

Oleh itu, perbanyakkanlah zikrullah supaya kita semakin dekat kepada Allah SWT.

Wallahu'alam.

Rujukan : Solusi Isu 25, m/s 35.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.