20 December, 2010

PELAJAR WANITA INI PATUT LEBIH MENGETAHUI

Share
Sumber: http://pustakaalghazali.wordpress.com/


Seperti lazimnya, sebelum meneruskan perjalanan balik ke destinasi saya akan singgah di restoran ini untuk menjamu selera.
Sebelum membuat pesanan makanan, saya terlebih dahulu meninjau kerusi yang bakal di duduki.
Restoran ini mempunyai dua ruang, bermakna ada pilihan di mana yang sesuai dan suka anda duduki.
Saya memilih ruang sebelah kanan kerana masih banyak kerusi yang kosong di samping saya mampu melihat kenderaan saya dengan jelas di ruang pakirnya.
Sementara menunggu makanan tiba, di hadapan tepi dinding saya terpandang tiga orang wanita muda sedang makan sambil merokok.
Seingat saya, ini kali ketiga saya melihat gelagat sama namun orang berlainan berlaku di restoran ini.
Saya yakin wanita muda ini adalah antara pelajar kolej kejururawatan yang terdapat di bandaraya ini. Keyakinan saya berasas kerana rakan-rakan mereka ada di sekeliling mereka.
Dan selepas makan mereka akan kembali ke asrama mereka yang terletak tidak jauh dari restoran ini.
Sebagai pelajar kolej yang berasaskan kejururawatan dan perubatan, saya yakin mereka lebih tahu dan faham mengenai BAHAYA MEROKOK TERUTAMA WANITA.
Sayang sekali usia semuda itu, rokok sudah menjadi rutin. Wanita muda pula tu! Orang kita bumiputera, berdasarkan pertuturannya.
Yang menjelekkan, ketika itu kebanyakan pelanggan adalah kaum lelaki.  Bayangkan kaum lelaki tiada yang merokok hanya mereka bertiga.
Ada orang kata, perempuan merokok tujuannya untuk menjadikan tubuhnya sentiasa langsing!
Siapa boleh bagi komen!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.