sumber: http://setanggisyurga05.blogspot.com
Salam Seisi Alam..
Kesempatan.. Kelapangan.. Cukup terhad.. Sehingga masih terlalu banyak yang terbuku untuk dinyatakan, untuk dikongsi tetapi tidak dapat diperbuat sedemikian lantaran kekangan2.. Buktinya di sini, ayat2ku semakin hancur!! Huk2.. =).. Cemburu dengan mereka2 yang semakin tajam mutu penulisannya, walau kutahu aku tidak punya niat ke arah itu.. Tapi, sesekali terfikir, sangat banyak manfaat bagi mereka yang dianugerahkan dengan kebijaksanaan menulis.. =).. Ya Allah, kurniakan aku dengan ilmu2 yang bermanfaat.. Untuk diriku.. Untuk agamaku..
Dapat tidur awal d malam hari, kemudian dibangkitkan seawal pagi sebeginilah yang menjadikan aku punya kesempatan.. Rindu suasana sebegini.. Sudah hampir 4 malam, dapat menyedut udara segar di hening pagi, dan d malam keempat ini, aku dianugerahkan masa untuk membuat sedikit coretan.. Kasihan sungguh Setanggi Syurga 05 dipenuhi sawang.. Sesekali terfikir untuk menamatkan sahaja riwayatnya.. Tapi masih banyak link lain yang masih diperlukan, untuk aku mengekalkan Laman Peribadi ini..] Tidak berkenaan =) Sekadar Monolog
Aku baru selesai mencetak 'Buku Jingga' ~ Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia [Klik] .. Alhamdulillah, dapat juga aku salinannya.. Aku linkkan bersama bagi sesiapa yang berhajat untuk menelaah hasil usaha keras pimpinan kita.. Justeru, ambillah sedikit usaha untuk menyebarkan isi kandungan bagi memenuhi sedikit Syarat Kemenangan yang mahal bayarannya ini..
Hari ini, sgt byk isu yang boleh diketengahkan kepada rakyat.. Bila dikatakan rakyat, jiran kita adalah rakyat. Ibu bapa kita, ahli keluarga kita, orang di sekitar kita, rakan sejawat adalah rakyat.. Begitu juga dengan bos kita, juga tidak terlepas dari kategori rakyat. Justeru, jangan terlalu menyempitkan fikiran.. Bila sebut sahaja rakyat, maka tugas menyampaikan kepada rakyat bukan hanya tugas PARTI @ Dewan.. PARTI didokong oleh ahli.. Maka tugas ahlilah yang perlu menyampaikan setiap misi kebenaran ini dalam apa jua situasi kita. Atau isu di sini adalah isu tidak berani menyampaikan kebenaran??.. Atau mungkin tidak tahu, tidak allert dengan isu yang berlaku, yang sedang menimpa Malaysia hari ini.. Kita sebagai ahlilah yang perlu menjadi media kepada orang di sekitar kita.. Menjadi wartawan dan penyampai.. Biarlah kita mampu menjadi Ketua/ MENJUARAI KEMARAHAN RAKYAT!!
Jika dilihat dalam konteks Sabah sendiri, agak sukar untuk kita mendapatkan tempat terbuka untuk sembang2 adu masalah.. Perihal mudah.. Kos sara diri meningkat.. Di tambah lagi dgn 'kita' jenis kurang campur dgn masyarakat kebanyakan.. Di kampung2 misalnya.. Atau justifikasi ini sgt tidak tepat lantaran aku termasuk dlm golongan 'muda' yang jauh dari kehidupan masyarakat?? Kesudahannya, rakyat xmampu utk berkongsi masalah mereka.. Tidak mendapat maklumat terkini.. Sedang merekalah sasaran.. Bukan sasaran pengundi semata2, tetapi lebih kepada golongan yang perlu dibela.. ISLAM Adil Untuk Semua.. Sejauh mana kita memperjuangkan KeAdilan ini untuk orang yang tertindas.. Hari ini, rakyat sangat ditindas!!
Ayuh Sahabat.. Ayuh Sahabiah.. ~ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN~ Dan bentuklah ISLAM di dalam diri anda untuk Anda Memimpin Perubahan.. Sampaikan kepada rakyat.. Tak kira siapa anda.. Kerana tugas menyampaikn terletak d bahu setiap insan.. Bergelar daei.. Bukankah satu fitnah yang besar kepada PARTI, apatah lagi kepada agama.. Dengan slogan ISLAM Memimpin Perubahan & Islam Adil Untuk Semua ~ tetapi kita masih mampu berpeluk tubuh dengan kesusahan rakyat.. Ya, kita tidak mampu membantu mereka dengan menyediakan peluang pekerjaan yang setimpal sebagai contoh, tetapi kita mampu turun ke celah-celah masyarakat untuk memberi penerangan & kesedaran kepada rakyat untuk Menyelamatkan Malaysia.. Menyelamatkan Diri Mereka Sendiri.. Menyelamatkan Ahli Keluarga Mereka.. Menyelamatkan Akidah Mereka..
Aku memohon kepada semua, mari kita bekerja.. Bagi memenangkan PARTI.. Mengatur strategi yang ampuh untuk melawan PARTI MUSUH.. Musuh siapa??.. Musuh Allah!! Bukan sekadar musuh manusia!! Bukan sekadar musuh PAS atau Pakatan Rakyat!! Kerakusan mereka sgt jelas.. Dan menentang kezaliman adalah WAJIB!! Membiarkan KEZALIMAN BERLELUASA adalah DOSA!! Jauhi diri kita daripada termasuk dalam golongan2 mereka yang akan dipersoalkan di akhirat kelak, lantaran tidak menentang kezaliman & menyampaikan kebenaran.
Kemenangan yang Allah janjikan bersyarat!! Maka syarat2 inilah yang perlu kita penuhi.. Antaranya bekerja.. Hentikan lah suasana2, zon2 selesa d rumah masing2.. Tunaikanlah hak & tanggungjawab kita kepada PARTI .. Kepada AGAMA.. Bukankah kehidupan d dunia ini sangat kecil??.. Kita sangat percaya dan beriman akan ada kehidupan d akhirat sana, adanya hari pembalasan, yang pada hari itu setiap amanah kita akan d hitung??!! Dan di situlah kesudahan amal kita.. Berakhir dengan kebaikan atau kejahatan.. Melaksanakan amanah d dunia atau sebaliknya.. [Sedang isi dunia ini terlalu kecil, apatah lagi ujian keluarga yang kita ada sekarang!! Kerjaya, rumah tangga idaman, anak yang soleh-solehah.. Semua ini jambatan bukan??.. Untuk menuju redhaNya.. Mardhatillah.. Dunia d tangan, akhirat d hati.. Ya Allah, pimpin kami.. Kecilkan kami dengan urusan dunia, dan besarkan kami dengan urusan akhirat.. Bantu kami ya Allah] Dan jangan Kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi..
29 December, 2010
Komen Via Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak Cipta & Penafian
SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.
0 ulasan:
Post a Comment