Sumber: http://muridkyai.blogspot.com
Sekitar era 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawankepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Ketika penjajahan Inggeris, Sandakan telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Inggeris. Pajakan tersebut dikatakan untuk satu tempoh tanpa had yang diungkap dalam serangkai ayat "selagi ada bulan dan bintang".Ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sabah dimerdekakan daripada Inggeris dan dimasukkan ke dalam persekutuan Malaysia. Dengan itu, pajakan kepada Inggeris itu pun beralih tangan kepada Malaysia pula. Dikatakan sehingga kini harga pajakan itu dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada waris Sultan Sulu sebanyak RM5300.00 setahun. Namun, berikutan terdapat beberapa individu yang mendakwa dirinya sebagai pewaris sah kesultanan Sulu, bayaran tersebut diserah kepada pemegang amanah.

Beberapa tahun yang lalu kerajaan Malaysia dikejutkan oleh tuntutan daripada pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu itu ke atas negeri Sabah. Sehingga kini, kerajaan Filipina sendiri mendakwa punya hak ke atas Sabah dan menuntutnya daripada kerajaan Malaysia.
Rantau pemerintahan Sulu yang menganjur dari pulau Mindanau sehingga ke wilayah-wilayah pantai Barat negeri Sabah, kini hanya tinggal kenangan sejarah. Pusat pemerintahannya di kepulauan Sulu telah dijajah oleh kerajaan Filipina. Rakya Sulu telah bertebaran. Sebahagiannya menjadi pelarian ke Sabah, dan sebahagian tinggal di negeri dalam keadaan dijajah. Sebahagian yang lain pula bangkit memikul senjata dan membentuk kumpulan pejuang. Sementara Sabah, telah tertulis dalam undang-undang antarabangsa sebagai milik Malaysia. Sekurang-kurangnya demikianlah yang diterima oleh masyarakat dunia sehingga kini.
Kini, individu-individu yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu itu tidak punya wilayah pemerintahan sendiri. Ada yang memegang pasport Filipina dan ada yang memegang Maykad Malaysia. Sungguhpun mereka tidak punya negeri, mereka masih bercita-cita untuk mendapat hak pemerintahan ke atas Sabah. Tuntutan mereka ke atas Sabah menjadi bahan tawa ramai orang termasuk rakyat Sabah sendiri kerana negeri pusat pemerintahan mereka pun masih dicengkam pemerintahan kerajaan Filipina, tiba-tiba mereka melontarkan tuntutan ke atas negeri Sabah.

Ada cadangan agar sultan Sulu itu diterima menjadi Sultan Sabah. Dengan itu, sabah akan jadi sepertimana negeri-negeri Melayu di Semenanjung yang ada sultan masing-masing Namun, cadangan ini hanyalah cakap-cakap kedai kopi. Kerajaan Malaysia sendiri tidak pernah punya minat terhadap idea sebegini.
Zaman kesultanan sudah berlalu. Sultan yang ada dewasa ini hanyalah warisan yang dikekalkan dan tidak tahu selama mana ia akan terus kekal. Tidak akan berlaku lagi sebagaimana zaman dahulu di mana seorang sultan bagi wilayah dan empayar baru dinobatkan. Rakyat sesebuah negara dalam dunia hari ini sudah mendapat pendedahan ilmu pengetahuan dan bukan lagi berjiwa hamba yang menjadi ciri utama rakyat yang bersultan. Rakyat lebih suka memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri berdasarkan hukum merit.
Sekarang bukan lagi zaman antara dua darjat untuk menentukan siapa yang berkuasa. Ada rakyat yang lebih kaya dari Sultan yang bertahta dalam istananya. Ada rakyat yang lebih pintar dan belajar lebih tinggi dari kalangan kerabat istana. Ada rakyat yang lebih berpengaruh dari Sultan yang dilantik. Dulu, puteri rajalah wanita isteri paling berprestij dan menjadi impian mat jenin untuk dikahwini rakyat. Kini wanita-wanita penyanyi lebih diminati para dato' berbanding puteri para sultan!
Apa untungnya buat rakyat untuk melantik Sultan Sulu menjadi Sultan Sabah? Selain ia membazirkan wang negara, ia hanya tindakan pusing belakang. Faedahnya pula, kalau pun ada, hanya sekadar teori. Ada dakwaan mengatakan bahawa dengan adanya Sultan ia menjadi lambang bahawa tanah ini milik siapa. Sekadar berbangga siapa milik tanah ini, apalah gunanya. Semua orang tahu kaum Red-Indian adalah pemilik asal bumi Amerika Syarikat. Tapi, apalah gunanya title pemilik asal tersebut kalau merempat di bumi sendiri. Sesetengah orang memberi alasan wujudnya sultan akan menjadi pelindung kepada ketuanan bangsa. Kononnya, akan terpeliharalah hak milik tanah-tanah di Sabah dan tidaklah berjatuhan ke tangan Cina sebagaimana sekarang. Dakwaan sebegini boleh dipertikaikan. Jika kita melihat kepada negeri-negeri di Semenanjung yang ada Sultan sekalipun, pindah milik tanah kepada bangsa asing tetap berlaku. Di negeri Pahang, sudah berapa banyak puncak bukit di Cameron Highland yang menjadi milik taukeh judi Cina. Di negeri Johor, tanah yang luasnya berekar-ekar diperuntukkan untuk dibangunkan sebagai bandar Iskandar yang pemiliknya tentu bukan lagi Melayu. Sesetengahnya, kerabat istanalah yang membuat angkara menyebabkan hilangnya pegangan pribumi terhadap tanah negeri mereka sendiri.

Islam menyuruh kita memilih orang yang paling mempunyai keahlian untuk memimpin. Apabila pemimpin yang dipilih bukan ahlinya, kata Nabi SAW dalam hadisnya, tunggulah sa'at kemusnahan dan kehancuran. Keahlian kepimpinan bukan dinilai berdasarkan darah dan keturunan. Apa yang hendak dibanggakan dengan keturunan dan darah Sultan. Keturunan tetap dari bani Adam. Darah tetap merah juga. Dari satu sudut yang lain, keturunan sultan tidak lebih baik daripada rakyat biasa. Jika ditoleh asal muasal macam mana seorang sultan mula wujud dalam masyarakat Melayu, ia bermula dari sejarah yang penuh konflik. Pada zaman manusia menggunakan hukum rimba, siapa kuat dialah yang menang, siapa kaya dialah yang berkuasa, muncullah para pemuka pelbagai kumpulan menguasai dan kadang-kadang menindas rakyat.
Para pemuka tersebut, disokong oleh para pendokongnya yang disuap dengan harta atau didorong oleh kepentingan ataupun ketakutan. Barangkali pemuka itu hanya ketua sekumpulan peneroka yang memugar tanah baru. Barangkali dia adalah ketua sekumpulan perompak dan lanun yang merampas dan merompak rakyat. Rakyat takut kepada mereka dan memerlukan perlindungan daripada mereka. Untuk kemananan, ditumpahkan taat setia kepada mereka. Proses sejarah telah menukar status pemuka-pemuka 'gedebe' dalam masyarakat ini menjadi bangsawan yang kemudiannya dirajakan. Kedatangan Islam mempermolek mereka dengan lebel kesultanan.
Justeru, para sultan bukan makhluk dewata yang turun dari langit. Itulah gambaran golongan istana pada zaman hindu di alam Melayu. Dewata itu hanya metos orang Hindu. Kemudian, setelah Islam, dibina metos baru.Kononnya asal-usul keturunan raja-raja Melayu adalah dari Bukit Sigungtang Mahameru. Dari keturunan Sang Sapurba yang dikatakan berketurunan dari Iskandar Zulkarnain dan puteri Aqtabul Bahri dari negara sebelah India sana. Hikayat itu rekayasa pembodek istana buat mengangkat darjat tuannya.

Justeru, kalau mahu melantik Sultan, carilah orang paling tinggi merit dalam masyarakat. Realiti politik dunia hari ini, orang yang sebegini tidak lagi dinamakan sultan. Sultan itu datang daripada keturunan tertentu. Kerana bukan mulia dan hebat keturunan yang melahirkan salasilah sultan-sultan, dasar apa untuk kita memenjarakan akal fikiran kita mencari-cari titis keturunan sultan Sulu buat dinobatkan di Sabah. Kalaupun nenek moyang mereka pernah menjabat kedudukan istimewa di rantau Sulu, nenek moyang mereka jugalah yang menjual, memajak dan melepaskan pegangangan ke atas tanah Sabah ini. Lagipun, nenek moyang mereka itu bukanlah peribumi yang lahir di bumi Sulu.
Bukankah pengasas kerajaan Sulu pertama itu adalah bangsa Arab dan dari Johor pula? Siapa dia, sejarah tidak mendetailkan. Barangkali pedagang. Barangkali orang buangan. Asalnya nama Arab, orang Melayu zaman dulu sangat kagum dan hormat. Kita lebih mengenali watak dan perangai orang Arab dalam dunia terbuka pada hari ini.

Kesimpulannya, kisah kesultanan Sulu itu kisah sejarah. Kita sedang melangkah ke hadapan dan tidak perlu berpatah balik ke belakang. Negeri kita telah merdeka dan bebas. Bebas dari cengkaman penjajah. Bebas juga dari pemerintahan kuku besi yang menggunakan nama kesultanan. Rakyat telah mendapat hak bersuara dan memilih pemimpin pilihannya sendiri. Usahlah kita terhimbau dengan sekerat cerita hikayat yang diriwayatkan penulis-penulis silam yang menggambarkan kegemilangan pemerintahan kesultanan. Ia bukan kegemilangan rakyat, tetapi kegemilangan elit pemerintah yang terpilih dan membanggakan kerabat dan keturunan mereka.
Sabah tidak memerlukan seorang Sultan
3 ulasan:
Sultan-Sultan yang ada di Nusantara ne kebanyakannya berdarah ahlul bait yakni keturunan Nabi Muhammad. Termasuk Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.
kalau ikut kan cerita masam dari kesultanan sulu sampai kiamat pun inda pandai habis,jadi kita ikut cerita berkenaan tanah lah kan,saya ada tanah 10 ekar dan saya sewa dengan kerajaan sebanyak RM 30.00 setahun dalam pajakan tersebut tempoh sesuatu pajakan itu ada lah 99-100 tahun dalam perjanjian pertama lah kan,tetapi dalam tempoh pajakan itu saya jual tanah tersebut,ini bermaksud perjanjian pertama telah mansuh dimana saya sudah tidak mempunyai hak lagi terhadap tanah tersebut mengikut undang-undang,maksudnya tanah tersebut telah bertukar tangan....berbalik kepada kes sabah dan sultan sulu,memang lah sultan sulu mempunyai hak terhadap sabah ini tetapi pajakan yang dibuat oleh sultan sulu melalui kerajaan british maksudnya penjajah british di malaysia dan sabah telah membayar sewa kepada sultan tetapi dalam tempoh pajakan tersebut negeri sabah telah merdeka melalui pembentukan malaysia dan ini bermaksud bahawa penduduk sabah telah melaraikan ikatan mereka dari kesultanan sulu sebab mereka sudah tidak ada negara lagi dan sepatut nya pajakan itu terhenti apabila sabah sudah di bawah malaysia kecuali lah sabah masih lagi dibawah british seperti contoh nya Hong kong yang diserah kan kepada negara china,kita pun agak musykil kenapa malaysia masih membayar kepada kesultanan sulu sewa pajakan tersebut,terdapat agenda tertentu dalam kes ini wal hal sabah bernaung dengan malaysia....ungkapan kepada pajakan ini adalah:
1) Malaysia mempunyai agenda tertentu di kepulauan sulu.
2) Negara filipina pun mempunyai agenda tertentu terhadap pajakan ini.
3) Penyertaan sabah dalam malaysia dibuat oleh PBB melalui suruhan jaya cobbald.
4) Undang-undang malaysia tidak melambangkan sebagai negara berdaulat dimana surat perjanjian mereka tidak update..
tuan/puan itu lah bahana nya kalau kerajaan tidak pernah di ganggu gugat iaitu pemerintahan ikut sedap mereka sendiri yang mengamalkan undang-undang peninggalan penjajah...bah harap- harap jika PR memerintah harap dibuang undang-undang dan perjanjian lapok
Apalah ko anon february,25, 2013 at 5:03 pm.
Kalu pr printah ini malaysia dikasinya saja trus ini sabah sama itu pilipin, nanti kita pun sama jadi palarian mcm org pilipin, itu musim kita jadi pancuri, kita jadi kuli, anak anak inda tantu warganegara macam org hanyut saja, br1m tia dapt, pinjaman AIM tiada, ptptn sudah tiada, kita ada ic palsu, tapi kan sya pikir, kita mau jadi palarian pigi mana?? mau jadi pelarian pigi malaysia balik tapi itu musim pr sudah printah malaysia kan sama juga mundur macam pilipin, mau lari pigi indon sana pun susah cari makan, mau lari pigi brunei, atok oii !! bukan sanang mau masuk sana. Kita org itu musim lagi susah drpd org pilipin pti/pelarian skrang, pasal skrng org pilipin boleh jadi pti di malaysia yg masih makmur di bawah BN.. ko pikir la dulu si, bukan sanang sanang mau tukar macam tukar seluar dalam... TIA PAYAH TUKAR LAH.
Post a Comment