26 July, 2010

Perpaduan UMNO, PAS : Putar Belit Media Massa

Share

sumber: http://ikhwannain.blogspot.com


ANAK NIK AZIZ SOKONG PERPADUAN UMNO, PAS
Sumber : Berita Harian [klik sini] | oleh : Khairul Anuar Abdul Samad

KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz, semalam bersetuju sekiranya wujud perpaduan di antara PAS dengan UMNO serta menjelaskan pertemuan antara kepemimpinan kedua-dua parti sebelum ini memang sentiasa berlaku.

Beliau berkata, masalah pertemuan antara PAS dan UMNO menjadi sensitif kini sejak wujud pakatan pembangkang kerana boleh menyebabkan berlaku kekeliruan dalam pakatan berkenaan.

"Masalah perjumpaan antara UMNO dan PAS ini berlaku sejak dulu lagi, semua orang sudah tahu. Hendak jumpa pemimpin UMNO hari ini dibolehkan kerana dalam Islam tidak ada larangan atau sekatan mengenai perkara itu.

"Cuma yang dibimbangkan, pertemuan itu jangan sampai ke peringkat yang boleh membawa kekeliruan hubungan di antara parti dalam pakatan pembangkang.

"Sekiranya demi untuk kepentingan umat Islam, saya sokong sangat dan saya tetap menyokong apa yang pucuk kepemimpinan sokong,"*katanya selepas majlis pelancaran Radix Fried Chicken (RFC) yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Bandar Baru Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan pemimpin PAS dengan pemimpin UMNO sebelum ini termasuk perjumpaan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dengan pemimpin UMNO serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berjumpa dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Ditanya sama ada perlu atau tidak perpaduan antara UMNO dan PAS demi menyelamatkan umat Islam sekarang, Nik Abduh berkata, itu kena tanya Nik Aziz dan pemimpin tertinggi parti lain.

"Mengenai perkara itu (perpaduan antara UMNO dan PAS demi menyelamatkan umat Islam)**, itu kena tanya ayah saya (Nik Aziz)," katanya.

* Apa yang dikatakan oleh Nik Abduh adalah perpaduan dalam soal keagamaan dan bukannya dalam soal bidang politik dan kepartian.

** Penulis sendiri yang menafsirkan kata-kata Nik Abduh. Sedangkan hakikat perpaduan yang dicanangkan UMNO bukanlah demi menyelamatkan umat Islam, tetapi bagi menyelamatkan UMNO daripada karam

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.