Sumber: http://mahkamah-akhirat.blogspot.com |
Cadangan untuk membina jambatan dari Wilayah Persekutuan Labuan ke tanah besar Sabah di Menumbuk, barat daya Sabah telah lama diuar-uarkan baik di peringkat negeri mau pun Persekutuan. Apa yang kita tahu cadangan itu telah disuarakan sejak tahun 1997, dan kajian demi kajian telah dijalankan di mana pihak UMS cawangan WP Labuan telah diamanahkan untuk membuat kajian dengan kos RM5 juta. Terakhir sekali semasa lawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik telah memaklumkan bahawa hasil kajian akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2009. Saya percaya yang hasil kajian telah diperolehi tetapi mungkin belum sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. Rakyat di Labuan dan di tanah besar Sabah khususnya mengharapkan agar keputusannya dapat diketahui menjelang pembentangan bajet rancangan Malaysia kesepuluh,tapi malangnya sedikit pun tentang perkara tersebut tidak dirumuskan sehingga hari ini. Namun apa yang paling memeranjatkan dan mengecewakan kami adalah bila mana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tempatan Daily Mail keluaran Jumaat 23 Julai 2010 yang mengatakan jangan mengharap bulan jatuh ke riba bagi projek tersebut dan menambah bahawa kos pembinaan yang dianggar menelan belanja RM2 hingga RM3 bilion adalah tidak berbaloi. -------------------- respon : Ingin melihat keindahan Pulau Labuan... klik di sinihttp://naelkl.blogspot.com/2009/11/dataran-labuan.htmlDataran LabuanApabila berada di Labuan.. jangan lupa singgah di Dataran Labuan untuk berehat sambil menghirup udara segar angin laut Labuan yang belum tercemar dengan pencemaran alam. Dataran Labuan adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh setiap pelawat yang ke Labuan. Dataran Labuan adalah tempat yang popular untuk mengadakan acara-acara persembahan di pulau ini. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia juga berdiri megah di pentas dataran ini. Padang bola sepak juga disediakan di hujung dataran ini. Dataran Labuan juga mempunyai replika "Chimney" yang menjadi mercu tanda Labuan. Di dataran ini juga adalah tempat bersantai keluarga pada hujung minggu sambil menikmati pemandangan indah dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun di sini. Batu bersejarah yang ditempatkan di Dataran Labuan |
“SAYA NAK SELAMATKAN KELUARGA SAYA”
1 day ago
0 ulasan:
Post a Comment