UMNO dan Ulama
Perjuangan UMNO yang berakidahkan 'melayu' semamangnya jelas bertentangan dengan Islam. Malah Rasulullah s.a.w dengan jelas tidak mengaku umat bagi mereka yang berjuang demi bangsa. Inilah masalah utama UMNO. Kekadang saya terfikir juga kata-kata Aduka Taruna yang mengaitkan dengan 'ulama ganetik melayu'. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Aduka Taruna berkenaan ulama ganetik melayu. Masakan tidak, golongan ulama pernah berusaha menubuhkan Biro Agama UMNO dengan niat untuk membimbing perjuangan UMNO, namun akhirnya terkeluar, seterusnya mereka bersatu menubuhkan Parti Islam Se-Malaya. Sejarah juga telah mengajar bagaimana PAS sendiri pernah bergabung dengan UMNO demi membela Islam, namun akhirnya diterajang keluar dari Barisan.
Percubaan seterusnya pernah dilakukan oleh individu-individu berpengaruh seperti Anwar Ibrahim bersama-sama ABIM bagi berusaha mempelbetulkan UMNO. Tahun 1998 mengajar bagaimana DSAI dipecat dari UMNO. Maka apakah sejarah ini tidak pernah mengajar manusia yang ber'ganetik'kan melayu untuk memahami bahawa UMNO adalah sebuah parti yang perlu diajar hanya melalui pilihanraya. Hanya pilihanraya sahaja (insyaAllah) dapat menyedarkan (dakwah) UMNO bahawa mereka bukan kerajaan Tuhan dimuka bumi ini!
UMNO dan Salafi-Wahabi
Pertama sekali saya memohon maaf kerana tajuk ini agak kritikal untuk dibincangkan secara terbuka.
Kesedaran terhadap kebangkitan Islam sebenarnya semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Walaupun tentangan dari golongan munafik-kuffur sentiasa ada, namun keyakinan bahawa cahaya Allah tidak akan mampu dipadamkan pasti akan menghasilkan kebangkitan semula Islam sebagai kuasa baru. Keadaan ini turut melahirkan pelbagai aliran pemikiran dan gerakan. Keadaan tidak tidak akan selesai sehinggalah Imam Mahdi menjadi penyatu kepada kepelbagaian aliran dan gerakan ini. Namun saya tetap yakin disana masih ada titik pertemuan yang mampu menyatukan perpecahan ini. Itulah 'Keadilan Islam'.
Saya yakin kemasukan ulama ke dalam UMNO ini sebenarnya berdasarkan satu hadith, iaitu:
Sabda Rasulullah s.a.w "Walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu, hendaklah kamu dengar dan taat".
Hadith ini panjang, para pembaca boleh mencarinya sendiri dari laman-laman web yang bersepah mengenai pandangan tersebut (cenderung kepada taat kepada pemerintah). Malah keyakinan ini dipelopori oleh golongan yang mendakwa mereka adalah dari gerakan salafi. Inilah yang menjadikan mereka berasa selesa untuk berdakapan dengan UMNO, kerana UMNO adalah pemerintah di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, aliran salafi itu sendiri telah terpecah kepada pelbagai keyakinan dalam soal politik. Malah dalam soal akidah juga terdapat pelbagai pandangan. Manakala peranan 'wahabi' sebenarnya pada saya hanyalah merujuk kepada sifat 'ta'sub'. Maaf kalau pandangan saya tidak benar, pada saya mana-mana sahaja mereka yang mengaku salafi tetapi mempunyai sifat 'ta'sub', saya labelkan mereka WAHABI.
Wahabi melahirkan ektrimis serta Sikap PAS
Ya, itulah jawapan saya. Jawapan saya ini berdasarkan sifat 'ta'sub'. Malah sekiranya wahabi yang bersama-sama dengan UMNO, pasti ianya akan memperlihatkan sikap sebenar mereka. Saya tidak hairan sekiranya suatu hari nanti, ulama wahabi-UMNO ini akan menyerangkan PAS sebagai sebuah gerakan 'bughah'.
Saya yakin bahawa kebanyakkan kepimpinan PAS mempunyai pendirian jelas terhadap isu Salafi-Wahabi ini. Namun sekarang bukanlah masa yang tepat untuk menyerang mana-mana pihak. PAS harus bersikap sederhana dalam menangani isu ini, kerana musuh sebenar PAS adalah akidah UMNO. Sekiranya akidah UMNO ini berjaya diruntuhkan, masalah Salafi-Wahabi ini akan mampu diselesaikan melalui cara yang paling ma'ruf, InsyaAllah.
Namun pada masa yang sama, PAS perlu bersedia untuk berhadapan dengan ulama wahabi-UMNO ini. Hujjah dibalas dengan Hujjah. Kita serahkan pada yang pakar.
Sekian, terima kasih

0 ulasan:
Post a Comment