30 June, 2010

PAS Sabah tentang cadangan mewujudkan Kasino di Kundasang!

Share
sumber: http://paskeningau.blogspot.com



Pas menentang cadangan untuk mewujudkan kasino di Kundasang seperti yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Edmund juga pernah mencadangkan perkara yang sama supaya sebuah Kasino diwujudkan di Kundasang.
Dikatakan Kundasang dicadangg kerana ada persamaan persekitaran dan iklim dengan Genting Highland.

Kenyataan Pas adalah seperti berikut:
  1. Mungkin ada tangan-tangan UMNO dalam usaha cadangan tersebut atas keuntungan peribadi.
  2. Edmund cuba ambil kesempatan meneguk di air yang keruh atas kelulusan lesen judi bola sepak walaupun telah ditolak Najib baru-baru ini.
  3. Golongan ini seakan mahu menyelamat negara daripada bangkrap kewangan tanpa mengira halal atau haram iaitu dengan membina kasino.
  4. Pas ingin jawapan,sebutkan agama mana yang menghalalkan judi dan pembinaan kasino ini?
  5. Pas menyeru semua tokoh agama bangkit menentang cadangan mungkar tersebut.
  6. Pas Sabah menentang sekeras-kerasnya cadangan memujudkan kasino di Sabah ini.
Oleh

Ketua Penerangan Pas Sabah
Hisammuddin Sulaiman

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.