sumber: http://legehiyyah.blogspot.com dengan sedikit suntingan pada ejaan 'sunilau' kepada 'sinalau'.
Istimewa untuk pendaki Kinabalu yang bertolak dari Kota Kinabalu menuju ke puncak gunung Kinabalu, pasti akan melalui jalan utama pekan Tamparuli. Selepas roundabout Tamparuli, pendakian akan bermula.
Menariknya,sepanjang pendakian menuju ke Kundasang, anda akan menyaksikan papan tanda bertulis "Sinalau Bakas". Apa yang penulis sempat lihat, ada dua papan tanda dan kedai itu. Penuh asap. Cuma sebelah papan tanda kedua, terdapat gerai orang membakar daging ada tertulis, "Sinalau Bakas Tidak Halal".
Penulis pada mulanya, tidak perasan. Ingatkan gerai panggang sayap atau bontot seperti di Kundasang. Tengok gerai lain macam saje. Loya sudah beralu dalam perut seperti bakal memuntahkan laharnya. Nasib baik, berlalu begitu dan dimaklumkan dalam kereta bahawa itu adalah daging babi pangang. Aduh...
Ada kawan yang termuntah, bila ada kawan yang cuba memperkenakan dia dengan berhenti dikedai tersebut. Maklumlah tidak pernah tengok daging babi. Pameran percuma.
2 ulasan:
bakas tu babi hutan. wogok baru babi
"sinalau bakas tidak halal' khas untuk pelawat/pelancong dari semenanjung. Local muslim tau apa ini barang. Tp pembetulan sikit... perkataan babi peliharaan di panggil 'wogok', babi hutan = bakas. harap maklum. so jgn try2 berhenti terus masuk oder makan... nanti masuk news 1 malaysia.. haha pantau-pantau lah dulu sebelum masuk...
Post a Comment