26 May, 2010

Draw Muhammad Day: Ini Perang Psikologi

Share

sumber: http://ikhwannain.blogspot.com

Edited on 23/05/2010

Bismillahirahmanirrahim...

laman terbaru selepas 'draw muhammad days' hilang dari facebook

Hari ini Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam dihina dan digambar oleh kaum kufar yang menentang islam dengan sungguh teruk. Sejurus itu kempen boikot terhadap facebook terus menjelma. Umat islam diseluruh dunia menyuarakan kemaraan mereka. Ada yang mengatakan demo seperti itu adalah selemah-lemah iman kalau demo pun tak buat tak tahulah imannya letak di mana.

‘draw Muhammad days’ sesungguh telah mencetuskan gelombang marah yang amat besar daripada umat Islam sebagai tanda dan kasihnya umat Islam kepada Rasulullah Sallallahu’alaihi Wassalam.

Persoalannya ialah mengapakah kaum kufar ini mengadakan kempen sedemikian rupa? Kerana umat islam mengucapkan kalimah syahadah lailaha illallah muhammad rasulullah. Kalimah ini mencabar maruah mereka kerana ia adalah kalimah tauhid yang benar.

"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya." (Ali Imran:19)

Jauh di dalam hati mereka tidak akan pernah redha selagi mana kita memeluk kalimah ini sehingga akhir hayat kita.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” (Surah al-Baqarah : Ayat 120)

Sekiranya mereka bertentang hujah dengan umat islam pada hari ini, maka mereka akan kalah. Di mana bukan sahaja bekas pengampun dosa dunia yang bernama Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam yang pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun telah memeluk islam, tetapi banyak lagi ikon-ikon terkenal seperti seperti Cat Steven (Yusuf Islam) dan Joseph Estes(Yusuf Estes) turut serta memeluk agama Islam.

Oleh itu tiada cara yang lain bagi memenangi pertembungan ini dengan mengasak umat Islam ke dalam perangkap ciptaan mereka agar berkelakuan ganas di mata dunia. Padahal kita tak perlu bertindak sedemikian kerana kita berada pada pihak yang benar.

Apa yang berlaku sebenarnya pada masa ini ialah satu peperangan psychology. Mereka hanya ingin menyakiti hati umat islam kerana mereka telah kalah dan kehabisan hujah. Antara salah satu caranya untuk mereka menang hanya inilah! Iaitu melukis karikatur Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam agar umat islam diseluruh dunia dikuasai marah. Hasilnya berlakulah demonstrasi dan pelbagai lagi perkara yang tak terfikir oleh kita sendiri. Di mana Emosi menguasai akal dan pemikiran umat Islam seluruh dunia.

Kita tak boleh kalah dalam perang psychology ini!

“Orang yang kuat bukanlah orang yang kuat dalam berkelahi, tetapi (orang yang kuat itu adalah) orang yang mampu menahan dirinya ketika marah.” (HR. Bukhari, Muslim, dan Abu Daud)

Sewaktu umat islam kelemahan adalah menjadi waktu mereka mula bertindak. Pertama kali aku melayari laman ‘draw Muhammad day’ di dalam facebook, terhiris-hiris rasanya hati ini. Admin laman berkenaan telah mengatakan bahawa e-mailnya telah dihack oleh seorang Muslim dan mengatakan begitulah ‘ekstrimnya orang islam’. Namun apakah itu menjadi alasan ku untuk memboikot facebook? Tidak!

Kita tidak perlu mendelete account kita. Mereka berupaya mengubah facebook menjadi laman dakyah, kenapa kita tidak boleh mengubahkan menjadi laman dakwah? Aku rasa peristiwa ini patut menjadi iktibar bagi kita memperkemaskan dakwah di dalam alam maya dan mencari agenda di sebalik rancangan kufar Lakanatullah. Umat Islam hari ini kebanyakkannya lemah kerana dikuasai emosi. Sekadar demonstrasi dan boikot, mereka tetap akan mengulanginya. Oleh itu apa yang umat islam perlu fokus sebenarnya ialah usaha padu agar peristiwa itu tidak berulang lagi.

Sekiranya kita men’delete’ account kita selamanya maka samalah ia tidak akan menyelesaikan masalah. Kenapa kita tidak mencipta satu group khas untuk berdakwah kepada non-muslim di facebook? Fikir-fikirkan. Facebook cuma lapang sasar terpulang bagai mana kita mengendalikan dan menguasainya. Siapa yang menguasainya maka dialah yang menjadi raja!

Hari ini ( 25 Mei 2010 ) mereka telah menambah satu lagi laman iaitu 'everybody Draw Mohammad Day - Muhammadture.com' di facebook. Nampaknya boikot dan marah tak menggentarkan mereka. Bahkan membuatkan mereka bertambah suka!

Artikel ini bukanlah untuk mengatakan mana-mana pihak. Namun sekadar pandangan kerana masing-masing mempunyai cara bagi membalas serangan emosi ini. Aku menghormatinya.

Wallahu'alam...

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.