24 May, 2010

CONCERN: Majlis Dialog Peradaban 1

Share
Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Pagi 23hb 5 (ahad) baru-baru ini saya berkesempatan hadir ke Auditorium Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Jalan UMS, Kota Kinabalu. Program yang berlangsung ialah 'Dialog Peradaban 1' anjuran Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN). Dialog ini menampilkan ahli panel yang terkemuka di dalam bidang keilmuan dan perundangan, mereka ialah:

1. Prof Madya Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (UIA)
2. Tn. Hj. Mohamad Naser Disa (Jabatan Peguam Negara)
3. Ustaz Abu Huraira b. Abdurrahman (USIA)

Manakala Ustaz Bongsu Aziz telah menjadi moderator pada majlis kali ini. Perbincangan yang berlangsung penuh dengan hujjah ilmiah sekitar penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam (kristian). Ianya begitu mengujakan saya untuk menyatakan pendirian kerana dialog seperti ini telah lama saya nanti-nantikan. Alhamdulillah, serba sedikit dengan kekurangan ilmu yang ada, saya telah menyatakan pendirian saya iaitu 'bersetuju' kalimah Allah boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam (kristian). (baca disini post terdahulu saya mengenai isu kalimah Allah -siri 1- -siri 2- -siri akhir-)

Ahli Penel Dialog mengambil tempat di atas pentas

Nyata pendirian saya ini, sangat bertentangan dengan hasrat program malah mungkin penganjur. Saya menerima semua pandangan balas dari ahli panel dengan penuh hati yang terbuka walaupun saya tegas dengan pendirian saya. Namun apa yang saya tidak boleh terima ialah kenyataan Tn. Hj. Mohamad Naser mengenai isu ini. Pada sesi dialog ini, beliau menyatakan bahawa isu ini telah digunakan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik. Ucapan ini beliau mungkin tujukan kepada PAS kerana bersetuju membenarkan kalimah Allah demi kerana untuk memperolehi undi. Malah beliau menyatakan pilihanraya di Sibu baru-baru ini sebagai contoh yang akhirnya DAP memenangai PRK tersebut.

Kenyataan beliau yang berbau politik sempit menyebabkan saya lantas membalas hujjah beliau pada sisi soal jawab. Pada sesi tersebut saya menyatakan bahawa siapa sebenarnya yang mengambil isu ini sebagai kepentingan politik? Mengapa dibenarkan demontrasi membantah kalimah Allah sehingga menaikkan sentimen keagamaan yang mengakibat beberapa buah gereja dibakar? Mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan yang membenarkan kalimah Allah dibenarkan di Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, sebenarnya siapakah yang menggunakan isu ini untuk kepentingan politik?

Dialog ini tamat lebih kurang pukul 1 petang. InsyaAllah pada sesi dialog masa akan datang saya akan menyatakan isu ini dengan lebih mendalam. Semoga dialog ini menambahkan rasa tawaduk kita terhadap pandangan yang berbeza. Walaubagaimana pun saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada CONCERN kerana membuka ruang kepada masyarakat menyatakan pandangan terhadap isu besar ini.

-Gambar sekitar program-

Ust Nahar Mentamin mengetuai bacaan doa

Sebahagian tetamu yang hadir

Ahli panel jemputan bergambar bersama penganjur

Keadaan banggunan persekutaan yang rosak, inilah yang dikatakan 'banggunan siap tetapi pahat masih berbunyi'. Walaupun ianya telah 2 tahun beroperasi tetapi akibat dinding 'mozek' yang tidak kukuh, ianya terpaksa dipecah semula. Berapalah agaknya peruntukan duit rakyat yang diperlukan untuk membaiki kerosakan ini.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.