Inilah yang bermain difikiran ku sebaik sahaja membaca tiga laporan berbeza dari media tentang peristiwa kematian adik Aminulrasyid yang maut ditembak polis kelmarin. Sungguh menghairankan, benda ini tak berlaku sekali ini, tapi dah banyak kali dah aku tengok. Media sering memberikan kenyataan yang berbeza tentang satu peristiwa.
Utusan Meloya (maksud aku Utusan Malaysia. Hehe.. ) Menyatakan bahawa adik Aminulrasyid Amzah disyaki sebagai penjenayah dan setelah pemeriksaan ditemui sebilah parang. Manakala Harakah Daily mengatakan langsung tiada senjata ditemui bahkan juvana yang terbabit mengatakan bahawa laporan itu adalah fitnah. Kemudian pada masa yang sama Harian Metro pula mengeluarkan kenyataan bahawa kakak mangsa menafikan adiknya terlibat dengan jenayah. Adakah Media Malaysia ini kaki kelentong? Ada yang cakap ya, ada yang cakap tak.
Apa yang pasti ialah dalam keadaan zaman sekarang ini kebenaran amat sukar untuk dibezakan daripada kebathilan. Sampai timbul fitnah dalam masyarakat, macam-macam ada. Bagi aku kebanyakkan Media Malaysia semakin tak berguna lagi, hanya hendak mengaut keuntungan semata-mata. Lebih-lebih lagi bab hiburan, terjah sana terjah sini. Soalan kontroversi rekaan sendiri! Aku teringat kata Abu Jahal dalam animasi Muhammad Utusan Terakhir!
"Merebak macam penyakit!"
Begitu merebak ajaran islam dalam masyarakat jahiliyyah, begitulah juga merebak budaya fitnah pada hari ini. Zaman telah bertukar menjadi zaman fitnah. Hanya satu penyelamat kita ialah Al-Qur'an & As-Sunnah sebagai pembeza di antara hak dan bathil. Gunakan akal sihat masing-masing, jangan dapatkan maklumat dari dari satu sumber sahaja dan jangan taklid buta. Bukannya media-media tu semua Kalam Allah yang tiada cacat celah! Akhir sekali diharap kebenaran untuk adik Aminulrasyid Amzah, jangan jadi macam kes jangan jadi macam kes tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
0 ulasan:
Post a Comment