Sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com/
Sejarah dunia ini dilakarkan warnanya oleh anak-anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman, idealisme untuk merubah dan menjadi agen perubahan. Madrasah Nabi s.a.w. telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah seperti Mus'ab bin Umair, Talhah bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam... mereka adalah anak-anak muda yang terasuh dengan semangat yang kental yang berani menentang arus jahiliyyah serta sanggup berdada dan menyingsing lengan di hadapan penguasa yang zalim.
Di zaman imperialisme Barat, anak-anak muda bangkit menentang penjajah diseluruh belahan dunia, Jose Rizal yang mengungkapkan idealismenya lewat karyanya "Noli Me Tangere" dan "El Filibusterismo" merupakan ikon perjuangan menentang penjajah di Filiphina sehingga membawa kepada pembunuhan beliau secara tragis.
Mahasiswa dan anak-anak muda merupakan golongan yang terpenting dalam strata sosial masyarakat kerana mereka merupakan pelapis kepimpinan masa hadapan. Dibahu mereka digalas harapan masyarakat untuk melihat bumi tercinta ini dilimpahi berkah daripada Ilahi. Kelompok mereka sangat penting kerana mempunyai kekuatan fizikal, kekuatan mental, kekuatan semangat dan idealisme. Hamparan pakej yang terhimpun inilah menjadi senjata bagi mereka bangkit menentang kezaliman, berdada dengan penguasa yang korup, menerjah segenap kepalsuan.
Dalam konteks negara hari ini, kekangan terhadap gerakan mahasiswa kerana kesannya terhadap intelektual amatlah buruk. Universiti sekadar menjadi sekolah tinggi yang hanya bertujuan membekalkan pasaran tenaga kerja. Kampus hari ini amatlah sepi dengan budaya kritikan yang sihat, bukan sahaja mahasiswa yang membisu malah para cendiakianya yang terpasung dalam kesejukan bilik kuliah berhawa dingin. Secara statistiknya pula, kita semakin menjauh daripada penarafan universiti yang cemerlang dalam dunia. Universiti telah dipolitikkan sedarjah politik cawangan dan bahagian.
Suasana kampus hari ini sampai ke tahap "menopause", kenyataan pimpinan utama kampus yang tidak bergigi malah kemandoman aktivisme palajar menjadi faktor penyumbang kelesuan intelektual.
Jawatan-jawatan penting universiti (Naib Canselor, Pendaftar HEP) dan pos-pos akademik bukan lagi mempertimbangkan kewibawaan kajian dan akademia tetapi sejauh mana hubungan peribadi dengan tokoh-tokoh politik. Budaya takut yang berjaya dilahirkan daripada akta AUKU juga telah menumpulkan budaya kritis dan analitis pelajar.
Kampus adalah wadah latihan kepimpinan kepada pimpinan masa hadapan negara, biarkan anak-anak muda yang sarat dengan idealisme ini bergulat dengan keyakinan mereka, biarkan mereka bebas untuk memilih dan mencorakkan gerakan mereka tanpa gertakan dan intimidasi liar daripada pentadbir universiti dan kerajaan.
Mengapa pihak universiti dan kerajaan perlu gentar dengan kritikan anak-anak muda jika mereka bersih dan telus..?
Suara mahasiswa adalah suara keramat yang menjadi cerminan
kepada kegelisahan rakyat marhain.
Laungan nyaring mereka adalah detak hari yang
merindui masyarakat adil tertegak di muka bumi tercinta ini.
“SEMUA FAMILI SAYA SUDAH MASUK ISLAM”
11 hours ago
0 ulasan:
Post a Comment