Sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/
Saudara Pengarang,
Bangsa adalah ketetapan Allah kepada setiap manusia. Ketetapan ini bukan bermaksud Allah melebihkan mana-mana bangsa di atas dunia ini. Antara makhluk, Allah lebih manusia kerana manusia memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Tugas khalifah ini memakmurkan bumi dengan menegakkan syariat Islam dan mententeramkan dunia dengan Islam. Sebab itu Allah menegaskan manusia adalah sebaik-baik kejadian. Tidak pula disebutkan bangsa mana yang terbaik di dalam Al-Quran. Malah Bani Isreail yang paling ramai nabi dari kalangan mereka , dilaknat oleh Allah, lantaran keingkaran dan kekaguman mereka kepada bangsa mereka.
Saya berterima kasih kepada saudara Rosli Alin yang telah memberi komen kepada berita yang saya tulis berkaitan pejuang bangsa pengkhianat , telah disiarkan oleh Sabahkini. Pertembungan kefahaman dan respon Saudara Rosli Alpin sebenarnya baik untuk perkembangan ilmu dan percambahan idea walaupun saya bukanlah orang yang terbaik untuk membincangkannya secara ilmiah. Namun dengan sekadar ilmu yang ada, saya yakin, kita dapat berkongsi untuk mencari kebenaran ilmu Allah SWT.
Respon kepada soalan pertama saudara Rosli :
Kenapa bangsa yang dikaitkan dengan pengkhianatan kepada Allah?
Soalan yang sebenarnya, Kenapa pejuang bangsa dikaitkan dengan pengkhianat kepada Allah.
9. Realiti di Sabah juga, pejuang bangsa tidak layak memimpin kerana kita mempunyai kepelbagaian bangsa atau suku yang paling banyak di Malaysia.Mengutamakan bangsa atau suku tertentu bagaikan menyuburkan api dalam sekam yang membarah dijiwa-jiwa ummah. Masa dan ketika meletup, tiada ubat, tiada penawar.
10. Allah tidak pernah memuliakan mana-mana bangsa di atas dunia ini sekalipun bangsa Isreail dan bani Quraisy. Ini berdasarkan kepada firmanNya dalam Surah Al-Hujurat; Ayat :13
يا أيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير.
Rasulullah memperjuangkan persamarataan hak sesama manusia. Apa bangsa sekalipun dia. Pada sisi Allah yang paling mulia adalah mereka yang paling tinggi taqwanya kepada Allah.Sekalipun Rasulullah berbangga dengan bangsa Quraisynya, Rasulullah tidak mengetepikan hak bangsa lain. Bahkan Khulafa' Ar-Rasyidin bermula dengan Bani Tamim, Bani Adi, Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.
Tradisi bangsa yang tidak bercanggah dengan syariat dan tidak menindas orang lain bebas dilaksanakankan kerana itu keunikan bangsa.Berbanggalah seadanya kerana kita tidak memilih sendiri bangsa kita. Bangsa ditentukan Allah, hidup kita ditentukan Allah. Kita iktihiar dan berjuang dalam lingkup keharusan dan ketetapan syarak. Ingatlah, As-Syahid Hassan Al-Banna pernah menyebut : Kewajipan yang kita pikul lebih banyak daripada masa yang kita ada". Justeru itu, kenapa kita bazirkan sisa masa ini dengan memperjuangan perkara yang boleh menjurus kita ke neraka Allah? Neraka tempat yang paling layak bagi pengkhinatan kepada Amanah Allah.
Sekadar itu, termampu saya lontarkan hujah dan pandangan bagi mengukuhkan berita yang saya tulis mengenai tazkirah guru saya Ust Ghani Syamsuddin.Bukan untuk berdebat, jauh sekali untuk menegakkan benang basah. Kita sama-sama berusaha mencari kebenaran dan menyebarkan luaskan rahmat Allah dimuka bumi.Yakinlah, tiada sesuatu yang sempurna kecuali Allah SWT. Semoga dapat kita kongsi bersama.
0 ulasan:
Post a Comment