Salam alayk'.. penulis meminta maaf kepada semua pengunjung blog kerana hampir 2 minggu penulis tidak me'mosting' entri baru.. Ini kerana, penulis memberi komitmen sepenuhnya kepada aktiviti luar dan mempunyai kekangan masa untuk melayari alam maya.
Entri kali ini bersambung dari entri yang sebelumnya iaitu mengenai kelab Yahudi di Sabah iaitu Rotary Club. Hasil pemantauan penulis, dalam ke'senyap'an pergerakan kelab itu selama ini, tiba-tiba penulis dikejutkan dengan tindakan agresif kelab ini dengan keberanian mereka meng'iklan'kan program-program mereka di 'bill board'.
Pandangan kuil Yahudi dari jauh
Ini merupakan satu ancaman yang besar terhadap umat Islam kerana entri sebelum ini penulis telah mengupas misi kelab ini iaitu untuk melonggarkan pegangan akidah umat Islam secara halus. Namun, tidak ada mana-mana pihak yang berani kehadapan untuk tampil bagi menyekat kemaraan kelab ini.Dua minggu yang lepas, penulis bersama 8 0rang sahabat melakukan Jelajah Dakwah ke bumi Keningau. Dengan menaiki 4 buah motorsikal dari Kota Kinabalu ke Keningau melalui Gunung Emas, dapatlah penulis bersama sahabat yang lain meninjau panorama kehidupan masyarakat di bahagian luar bandar secara dekat, namun apa yang menjadi kerisauan penulis apabila terdapatnya iklan "Rotary Club" pada billboard area perkampungan yang ada di sekitar Gunung Emas. Iklan itu menerangkan mengenai projek kemasyarakatan yang dilakukan oleh Rotary Club. Sedangkan kelab yang merosakkan aqidah ini boleh bergiat dgn penuh aktif, macamana pula dengan pengorbanan kita sebagai umat Islam??
p/s: Adakah kita akan biarkan kelab ini terus terserlah dan sewenang-wenangnya menjalankan program mereka? Apa tindakan yang kita ambil khususnya para pejuang Islam di Sabah??
0 ulasan:
Post a Comment