22 July, 2011

Writ saman tidak wakili kaum Cina - Perakan

Share

sumber: http://legehiyyah.blogspot.com

SUMBER : HARAKAHDAILY
SANDAKAN, 21 Julai: Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan (Perakan) Sandakan mengutuk keras tindakan tiga orang individu yang menyaman Kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.
Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi.
Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan.
Tindakan tiga individu ini dianggap tidak bertamadun di dalam keadaan negara yang sarat dengan pelbagai masalah sosial, sepatutnya semua pihak berganding bahu menangani masalah sosial yang semakin parah.
Malah mereka juga sepatutnya turut menyokong tindakan Kerajaan Kelantan yang telah menutup pintu-pintu maksiat, kata Zaidi Mustafa (gambar), Setiausaha Perakan Sandakan.
Beliau turut melahirkan perasaan kecewa di atas sikap NGO-NGO Islam khususnya yang lantang bersuara dalam isu-isu agama sebelum ini tetapi masih lagi membisu dalam isu saman pengharaman judi ini.
Zaidi turut menyeru umat Islam dalam apa jua pertubuhan, parti politik patut bangun bersama dan berdiri teguh di belakang Kerajaan Kelantan dalam mempertahankan maruah Islam dan rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian.
"Sekiranya benar tiga orang individu yang mengemukan saman tersebut di dalangi oleh MCA, ianya cukup menggambarkan bertapa gawatnya pemikiran sebuah parti komponen yang memerintah negara lebih daripada 50 tahun.
"Adakah selama ini pimpinan MCA tidak meyakini bahawa judi boleh mendatangkan merbahaya yang besar terhadap sosial, politik dan ekonomi negara?" soal Zaidi dengar nada kesal.
Beliau turut yakin bahawa writ saman tersebut tidak mewakili masyarakat Cina kerana judi bukanlah budaya orang Cina ataupun mana-mana bangsa yang bertamadun.
Kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri. Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam.
Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian.
"PERAKAN Sandakan berdiri teguh dibelakang Kerajaan Negeri Kelantan dalam mempertahankan keputusan yang telah dibuat dan menyakini keputusan ini adalah keputusan yang terbaik demi ummah dan negara," ujarnya.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.