21 July, 2011

Pas Perlu Menjadi Pembela Kepada Masyarakat Bawahan Sabah

Share

sumber: http://abutaqiyuddin.blogspot.com



Setelah hampir 30 tahun Pas menapak di Negeri Sabah, satu anjakan perlu dibuat dengan lebih drastik dan terkehadapan sebagai satu lonjakan bagi Memasyarakatkan Pas. Perkara ini di nyatakan sendiri oleh Wan Nik Bin Wan Yusof S/U Politik Menteri Besar Kelantan dan merangkap Pengarah Jabatan Pilihnraya Pas Negeri Kelantan dalam taklimatnya kepada semua petugas pilihanraya Pas Negeri Sabah.

Antara perancangan yang dicadangkan ialah memberikan khidmat dan pertolongan kepada masyarakat yang menghadapi masalah terutama sekali dalam isu pengambilan tanah atau masalah urusan tanah yang kebanyakkannya belum diselesaikan oleh pemerintah. Pendekatan sebagai orang tengah mesti dimainkan dalam merakyatkan Pas agar Pas dilihat sebagai juara dalam membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. Tak perlu mengeluarkan belanja yang mahal, cukup sekadar menjadi pemerhati dan pendengar rintihan mereka. Disamping mengambil langkah mengenengahkan masalah mereka kepada yang berwajib. Menurut beliau lagi, apa-apa musibah yang melanda masyarakat maka pimpinan dan petugas Pas mesti menjadi orang yang terdahulu datang menziarahi, bertanya khabar dan membantu sekadar mampu bagi meringankan sedikit kepayahan mereka.

Beliau yang juga merupakan pengarah pilihanraya Pas Negeri Kelantan juga, meminta agar dititik beratkan penyebaran massa. Pas mesti mengambil langkah yang lebih terkehadapan dalam penyebaran massa. Wan Nik bin Wan yusof dalam taklimatnya menyarankan agar massa harus sampai kepada madu’ atau dalam istilah politiknya pemgundi. Pengundi pendalaman kebanyakkannya di butakan dari maklumat soheh oleh umno dengan menayangkan kepada mereka hanya maklumat palsu dan pembohong. Risalah bercetak dan pelbagai massa yang mudah didampingi rakyat harus sampai kepada rakyat. Dekati dengan nilai keislaman dan kebajilkan yang akan kita utamakan bila mengambil alih tampuk pemerintahan.

Menjawab persolan yang di timbulkan oleh peserta, tentang soal kebarangkalian pertandingan banyak penjuru, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Kelantan itu juga menjelaskan tentang keperluan kepada Pas di kawasan-kawasan menonjolkan calon2 yang berwibawa. Kewibawaan calon itu sendiri akan menutup peluang calon bebas yang berkeinginan dan merasai mempunyai peluang menang bagi menjadi calon. Menampilkan calon awal inijuga akan membolahkan gerak kerja membina dan memperkenalkan calon di samping mentarabiah calon supaya mampu menghadapi tekanan dan serangan musuh. Disamping serangan bentuk meterial yang memang telah menjadi peluru ampuh bagi UMNObN.

Harapannya yang terakhir ialah, dalam membina dan merangka sebuah negara berkebajikan pas harus terlebih dahulu menampakkan asas-asas kearah pembinaan kebajikan yang jelas. War-warkan kepada masyarakat tentang program buku jingga yang telah kita drafkan. Biar masyarakat tahu bahawa kita PR ingin mengambil alih tampuk pentadbiran kerana kita melihat UMNObN sudah terlalu rosak dan tak mampu lagi menjadi tempat bergantung dikala hanyut. Mereka hanya bermatlamat mengkayakan anak-anak dan kroni-kroni mereka. Kita mesti menjadi pembela kepada rakyat dan sentiasa menjuarai hal ehwal pembelaan rakyat.

PAS UNTUK SEMUA.

Sekian Wassalam

Lajnah Kebajikan Dan Perihatin Masyarakat Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.