25 July, 2011

MAJLIS PELANCARAN JENTERA PAKATAN RAKYAT JULUNG KALINYA DISABAH

Share

sumber: http://wardahal-jannah.blogspot.com

Pada 22 Julai 2011(Jumaat) yang lalu, dengan keizinan Allah Swt, PAKATAN RAKYAT P169 Parlimen Kota Belud telah berjaya melancarkan jentera Pakatan Rakyat yang julung-julung kalinya di Sabah. Pelancaran telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS SABAH iaitu Ayahanda Mohd. Aminuddin Aling.







Pelancaran telah dihadiri oleh ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP. Seramai 50 ahli yang hadir telah memecahkan kesunyian dewan dengan gemaan laungan REFORMASI! JOM UBAH! ALLAHUAKHBAR! Wakil daripada setiap parti telah membentangkan kertas kerja masing-masing.

En. Welon Moyou, wakil DAP
En. Saidil Simoi, wakil PKR
Ustaz Awang Laiman, wakil PAS
Pembentang pertama adalah daripada wakil DAP iaitu En. Welon Moyou dengan membentangkan kertas kerja  Kenapa BN harus ditumbangkan di Sabah. Beliau telah mengemukakan 10 sebab mengapa BN harus ditumbang di Sabah. Di antarnya ialah BN telah menipu rakyat, Kekayaan Sabah hanya dapat dirasai oleh pemimpin-pemimpin BN sahaja dan banyak lagi. Pembentang yang kedua pula ialah En. Saidil Simoi dengan memberikan penerangan mengenai "Buku Jingga" yang mana Buku Jingga tersebut membentangkan janji PR untuk rakyat Malaysia sekiranya PR berpeluang memerintah Malaysia satu hari nanti. Dan pembentang yang terakhir iaitu daripada wakil PAS, Ustaz Awang Laiman. Ustaz Awg. Laiman merupakan seorang calon yang pernah bertanding di DUN Tempasuk semasa Pilihan Raya yang lalu dan sekali lagi akan menjadi wakil calon daripada PAS untuk pilihan raya akan datang ini. Pembentangan beliau bertajuk "Mengapa kita perlu terlibat di dalam Pilihan Raya". Pembentangan beliau telah memuatkan pengenalan kepada PAS Sabah dan khususnya kepada PAS Kota Belud. Beliau juga membentangkan mengapa perlu wujudnya kerja sama diantara PAS, PKR dan DAP dalam menumbangkan BN-UMNO didalam pilihan raya. Pembentangan yang penuh bersemangat dengan laungan Allahuakhbar telah menggegarkan dewan serbaguna Rasa Sayang pada petang tersebut.
Dirasmikan oleh Ayahanda Mohd. Aminuddin Aling, Pesuruhjaya Pas Sabah

Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat yang gilang gemilang diserikan lagi dengan gimik menanda tangan banner Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat oleh Ayahanda Mohd. Aminuddin Aling selaku Pesuruhjaya PAS Sabah seterusnya sebagai perasmi pada hari tersebut. Tepat pada jam 5.00 petang, majlis bersurai dengan di iringi hujan yang lebat. Semoga hujan yang turun menandakan keberkataan dan pertolongan daripada Allah Swt kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Kota Belud pada PRU-13 kali ini. Semoga redha Allah mengiringi.

Wallahualam.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.