18 May, 2011

Selamat Hari Guru 2011.

Share

sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com

UCAPAN SELAMAT HARI GURU
OLEH PENGERUSI MAJLIS DAKWAH & KEBAJIKAN
[MUTOHHAROH BIN QOMARUDDIN]
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA NEGERI SABAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian hanya bagi Allah, yang Maha Bijaksana mencipta makhluk dan menetapkan hukum serta pelaksanaannya. Hanya Dia yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Selawat dan salam juga kepada para sahabatnya, kepada sesiapa yang mengikut perjalanannya, serta para pejuang agama Allah dalam bentuk apa jua pun termasuklah yang berjuang melalui demokrasi, akademik, peperangan, dan lain-lain.

Firman Allah Taala bermaksud:

“…Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Nahl: Ayat 43).

Di sini tersebut ahli zikir, orang yang ahli peringatan, atau orang yang berpengetahuan luas. Ayat ini menyuruh orang yang tidak tahu bertanya kepada orang yang tahu, kerana ilmu pengetahuan itu adalah umum sifatnya, berfaedah buat mencari kebenaran.

16 Mei merupakan sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia. Perayaan ini diadakan adalah bagi mengenang jasa guru kepada anak muridnya. Kerana tanpa asbab guru, tidak adalah seorang ulama, seorang Perdana Menteri, seorang doktor sehinggalah hari ini.

Guru adalah pengganti kepada ibu bapa sebagaimana yang mana tugas guru bukan hanya sekadar mengajarkan anak murid dalam bidang matematik, sains, dan ekonomi sahaja, tetapi tugas seorang guru juga adalah menanamkan akhlah Islamiyah dalam diri pelajar muslim.
Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah suci murni ( Islam), maka ibu bapanya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Akan tetapi, di dunia yang moden hari ini, ramai yang tidak menghargai guru terutama golongan yang pakar agama atau dengan kata lain adalah ulama. Ada segelintir pihak yang cuba merendah-rendahkan taraf ulama dengan menuduh dan melemparkan pelbagai fitnah. Malang sekali, sekiranya ulama yang difitnah dan dicaci itu adalah ulama yang telah diiktiraf oleh seluruh dunia. Hal ini sangat bertentangan denga ajaran Islam dan sepatutnya kita lawan habis-habisan golongan yang memperlekehkan ulama-ulama di dalam dunia ini.

Oleh itu, marilah kita insafi segala kesilapan kita kepada guru yang pernah mengajar kita sehinggalah kita berada di pentas dunia pada hari ini. Seribu kemaafan saya pohonkan kepada para guru dan tidak lupa kepada kedua-dua ibu bapa saya yang juga secara tidak langsung menjadi guru kepada saya dan adik-beradik saya.

Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh guru di Malaysia ini dan teruskanlah khidmat anda sebagai seorang guru yang diredhai oleh Allah SWT.

Wallahu’alam.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.