17 April, 2011

JAWAPAN RAJA PETRA

Share

sumber: http://semutmalaysia.blogspot.com

hari ni gua nak share original transcript semasa RPK ditemuramah Alang Bendahara. ingat gua tipu? nah, tengok sendiri di [sini].

MCLM ni apa benda? tak tau? kutuk raja petra pandai? kah kah kah! gua dah folo malaysia today agak lama juga, bukan perkara baru kalau dia kutuk anwar, kutuk pas, kutuk pakatan rakyat. benda ni semua dah lama! gua sendiri pun suka kutuk pemimpin pas yang 'into' kerajaan perpaduan mafaka, kutuk anwar bangang sebab lantik calon katak bukan main ramai, kutuk dap sebab cepat melenting bila isu melibatkan arak dan babi. itu perkara biasa! tak boleh kutuk jangan jadi pemimpin la woi!

blogger pakatan pun ramai kaki kutuk kerajaan pakatan. normal lah tu. haih melayu ni cepat benor nak jatuh hukum. macam pandai sangat.

cuma bila RPK dapat peluang keluar tv3, dan tv3 pulak amik part-part tertentu yang 'sedap' untuk kerajaan najib razak, lalu ramai melayu nampaknya tertipu. dan lebih malang, yang tertipu tu dari pakatan sendiri. apa cerita? kata boikot tv3, sekali tv3 kencing, semua hancing. kah kah kah!

nah baca sendiri penjelasan dia!


Dan ini adalah translation dalam bahasa melayu. (gua copy dari blog Ameno World, gua sibuk ni banyak kerja)

1. Kenapa buat pendedahan sekarang? Kenapa tak betulkan laporan media sejurus keluarnya SD dua tahun lepas?

SD telah ditandatangan pada 3 tahun yang lepas, bukan dua tahun yang lepas. Selepas ia dilaporkan, saya terus ditahan dan didakwa serta merta Saya telah menegaskan dalam blog saya berkali2 bahawa saya tidak membuat pertuduhan terhadap rosmah dan dua pegawai polis berpangkat leftenan suami-isteri membunuh altantuya. Sebaliknya saya dimaklumkan mengenai hal itu. Dan kalau anda membaca pengakuan dan penulisan di dalam blog saya, anda sudah tentu jelas akan hal sebenar. Yang membuat andaian negatif sebenarnya tidak pernah membaca apa yang saya tulis di dalam blog saya.

Apakah saya perlu memastikan setiap laporan media yang salah dan putarbelit dan memperbetulkan ia satu persatu? Media arus perdana sudah tentu akan melakukan apa sahaja percubaan untuk memburukkan situasi. Setelah bertahun2 pihak media menghentam saya bertubi2, kini saya dihentam lagi. Adakah ini wajar?

Temubual yang disiarkan di tv3 telah dibuat dua bulan yang lepas. Ketika itu saya tidak tahu bila tarikh pilihanraya negeri sarawak akan berlangsung. Tak kira pada waktu apa pun saya buat sesi temubual tersebut sudah tentu pertanyaan2 ini akan sering datang kepada saya. Adakah saya perlu tunggu sehingga pilihanraya dimahsuhkan baru boleh membuat sesi interview bersama tv3?

2. Boleh berikan pandangan berhubung penafian din merican yang dia terlibat dalam percubaan untuk memburukkan2 rosmah dan najib?

Ada saya kata dia terlibat? Saya cuma jelaskan di tv3 semalam bahawa saya minta dia periksa dengan dsai ttg latarbelakang left. azmi zainal abidin dan itulah yang dia buat. Dan itulah juga yang dia mengaku dalam blog dia. Jadi apa masalahnya sekarang?

3. Selain dari SD, boleh berikan bukti penglibatan beberapa individu tersebut yang dikatakan terlibat dalam percubaan untuk memburukkan rosmah dan najib?

Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Video rakaman mereka bertuala dalam bilik hotel? Define 'bukti'. Anwar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada tahun 1999 berdasarkan laporan saksi. laporan saksi merupakan bukti dan itu sudah cukup untuk memastikan Anwar dipenjarakan selama 15 tahun. Laporan saya adalah lebih baik dari itu. Ia dalam bentuk SD.

Q4: Terdapat cakap2 belakang bahawa pendedahan rpk berhubung isu ini secara tiba-tiba adalah kerana anda ingin kembali ke Malaysia.
komen anda?

Terdapat cakap2 belakang bahawa Najib ditangkap khalwat di dalam bilik hotel Port Dickson. Adakah anda ingin meminta Najib menjawab ini? Siapa yang peduli tentang cakap2 belakang? Jika kerajaan mengatakan bahawa saya dialu2kan kembali ke Malaysia dan saya katakan kpd kerajaan pergi lah mampos kerana saya menyukai negara kelahiran saya apa maka yang akan anda katakan?

Dan apakah yang dikatakan sbg 'pendedahan tiba2' itu? Apakah kamu tidak mendengar apa yang saya katakan? Saya telah mengulanginya lagi dan lagi selama 3 tahun ini.
Apa yang dimaksudkan dgn tiba-tiba pula sedangkan saya telah mengatakan hal yang sama selama 3 tahun?Adakah Maksudnya saya duduk diam dalam 3 tahun ini dan baru hari ini saya dedahkan ini?

Q5:Anda juga telah dituduh sengaja mengalihkan tumpuan dari pilihanraya negeri Sarawak dengan tuduhan terbaru anda. Pandangan anda?

Mengalihkan perhatian? Anda benar-benar harus meningkatkan kemahiran komunikasi anda kerana saya tidak mengerti apa maksudmu. Saya juga dituduh pergi ke gereja setiap hari Ahad malahan isteri saya dan saya telah dikatakan meninggalkan Islam untuk menjadi Katolik.

Adakah anda benar-benar berfikir aku peduli apa yang mereka katakan? wawancara saya dilakukan sebelum pengumuman pilihanraya Sarawak. Mungkin pilihanraya Sarawak adalah untuk mengalihkan perhatian dari wawancara saya sebab wawancara saya datang terlebih dahulu.

Q6: Di manakah kesetiaan anda sekarang apabila anda telah membuat keputusan melawan Anwar dan pembangkang?

Anda mesti sedang menghisap sesuatu. Bagitau saya tahu apa yang anda hisap supaya saya boleh dapatkan anda benda tue. kesetiaan saya sejak dari hari pertama ialah bersama rakyat ini: dulu, kini dan selama-lamanya. Sekarang, di bahagian mana dalam perkataan rakyat yang tidak kau mengerti?

Nota : translation q1 dan q2 dilakukan secara manual. Bermula dari q3 sampai q6 dilakukan dengan bantuan google translation sbb penat nak baca dan hafal apa yang perlu ditulis. Tapi aku dah edit ayat2 agar ia menghampiri maksud yang dikatakan oleh rpk. -

Ameno : RPK dengan segera membuat penjelasan dalam blog bagi memadamkan persepsi buruk rakyat terhadap rpk. Dalam soal ini, aku menyokong apa yang rpk sampaikan. Isu nya sekarang rakyat kena faham, hanya rakyat yg boleh tolong rakyat. Jangan kerana pemimpin, sesama rakyat pula bertelagah. Ingat neh kerajaan rakyat, bukan milik pemimpin. Ia milik bersama.




Notasemut: masih nak salahkan RPK lagi? lantak lu orang la, gua follow Malaysia Today dah lama, gua tau dia jenis macam mana. yang melenting semalam kebanyakannya bukan pembaca setia MT pun. ada yang siap tak tau kandungan sebenar 'akuan bersumpah' pun ada. ptui! tipikal stupid meleis..

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.