15 April, 2011

Kursus Kewartawanan Persiapkan Media Pakatan

Share

09 April 2011, Sabtu – Hari ini telah berlangsungnya sebuah kursus kewartanan anjuran Depan Pemuda Pas Sepanggar bertempat di pejabat Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah. Taman Kingfisher, Kota Kinabalu.

Kursus yang berlangsung selama sehari tersebut dihadiri oleh lebih daripada 20 orang blogger daripada sekitar Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Menurut ketua pemuda pas sepanggar kemungkinan kursus tersebut adalah bertujuan untuk mempersiapkan para blogger pakatan agar mampu melaporan yang setempat dengan cepat dan tepat kepada rakyat.

Pada masa yang sama beliau berkata program ini mungkin akan dipanjangkan bagi memastikan rakyat sabah sentiasa mendapat maklumat cepat dan tepat serta pembelaan yang sewajarnya melalui media alternatif.


Manakala rata-rata para blogger yang menghadiri kursus berkata bertekad untuk menjadikan laman blog masing-masing melalui sahabat blogger sabah sebagai salah satu rujukan utama rakyat pada masa mendatang.

-Team Sabahabt Blog Sabah-

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.