11 April, 2011

Kursus Asas Kewartawanan dan Audio/Visual Persiapkan Media Pakatan Sabah menghadapi PRU-13

Share
Sumber: Wartawan Lapangan


9 April-Kingfisher Kota Kinabalu: Sahabat Blogger Sabah hari ini telah berjaya mengadakan satu bangkel asas kewartawanan dan audio/visual. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi gambaran halatuju penulis/blogger serta menyelaras sumber tenaga bagi memaksimumkan gerak kerja penyampaian maya di Sabah. Selain dari itu ianya juga betujuan untuk menambah ilmu asas kewartawanan dan audio/visual.


Kursus yang berlangsung selama sehari tersebut dihadiri oleh lebih daripada 20 orang blogger daripada sekitar Kota Kinabalu dan Kota Belud. Bengkel ini memuatkan beberapa pengisian asas dan terkini didalam penulisan dan pembikinan vedio, antaranya asas-asas pengunaan kamera dan videocam yang baik, dan pembikinan video rakaman serta penggunaan software yang sesuai. 

Lebih menarik lagi apabila peserta diberikan kerja lapangan untuk mencari dan mengupas isu- isu kawasan sekitar sebagai medan praktikal terhadap ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa bangkel. Resolusi daripada bangkel ini menetapkan setiap peserta (mengikut zon) akan menjadi admin sama ada blog, facebook atau video dan audio. Kordinasi tugas ini adalah untuk menyelaraskan maklumat setiap zon (kawasan) dan membina jaringan kerjasama dalam kalangan blogger- blogger sabah supaya lebih bersistemati bagi memastikan rakyat Sabah sentiasa mendapat maklumat cepat dan tepat serta pembelaan yang sewajarnya melalui media alternatif. 

Rata-rata para blogger yang menghadiri kursus berpuas hati dan bertekad untuk menjadikan laman blog masing-masing dan sahabat blogger sabah sebagai salah satu rujukan utama rakyat Sabah khususnya bagi mendapatkan sumber maklumat.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.