Nabi Yusuf menerangkan kepada dua sahabat banduan dalam penjara bahawa ikutannya adalah kepada millah moyangnya nabi Ibrahim A.S, datuknya nabi Ishak A.S dan bapanya nabi Yaakob A.S. Millah mereka adalah millah yang menjauhkan daripada kesyirikan dan hanya kepada Allah mereka mentauhidkan. Sesungguhnya, keberadaan nabi Yusuf di atas garisan yang pernah dilalui moyangnya nabi Ibrahim itu merupakan satu kelebihan anugerah Allah kepadanya. Tidak ramai yang mengikuti jalan tersebut. Kebanyakan manusia adalah adalah mereka yang tidak bersyukur.
Nabi Yusuf selanjutnya berhujah kepada dua sahabat banduannya itu tentang kepincangan agama yang dipegang oleh mereka yang menyembah pelbagai Tuhan. Adalah satu yang menghairankan bagi golongan kafir untuk menjadikan Tuhan itu satu sebagaimana yang pernah diucapkan oleh golongan kafir Makkah apabila nabi Muhammad saw mengajak mereka kepada ketauhidan. Ini sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam firmannya:
Nabi Yusuf selanjutnya berhujah kepada dua sahabat banduannya itu tentang kepincangan agama yang dipegang oleh mereka yang menyembah pelbagai Tuhan. Adalah satu yang menghairankan bagi golongan kafir untuk menjadikan Tuhan itu satu sebagaimana yang pernah diucapkan oleh golongan kafir Makkah apabila nabi Muhammad saw mengajak mereka kepada ketauhidan. Ini sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam firmannya:
أجعل الآلهة إلها واحدا إن هذا لشيء عجاب
“Adakah dia (Muhammad) mahu menjadikan Tuhan hanya satu? Sesungguhnya ini adalah satu yang ganjil”.
(Surah Sood: Ayat 5)
Ketika mentafsirkan ayat ini para Mufassirun menyebutkan:
لما أسلم عمر بن الخطاب شق ذلك على قريش وفرح المؤمنون . قال الوليد بن المغيرة للملأ من قريش - وهم الصناديد والأشراف - : امشوا إلى أبي طالب . فأتوه ، فقالوا له : أنت شيخنا وكبيرنا قد علمت ما فعل هؤلاء السفهاء ، وإنا أتيناك لتقضي بيننا وبين ابن أخيك . فأرسل أبو طالب إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - [ ص: 191 ] فدعاه ، فقال [ له ] : يا ابن أخي ، هؤلاء قومك يسألونك ذا السواء ، فلا تمل كل الميل على قومك . فقال : " وماذا يسألوني ؟ " قالوا : ارفضنا وارفض ذكر آلهتنا ، وندعك وإلهك ، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم - : " أتعطوني كلمة واحدة تملكون بها العرب وتدين لكم بها العجم ؟ " فقال أبو جهل : لله أبوك ، لنعطينكها وعشر أمثالها ، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم - : " قولوا لا إله إلا الله " . فنفروا من ذلك ، وقاموا ، فقالوا : أجعل الآلهة إلها واحدا كيف يسع الخلق كلهم إله واحد
Ketika Umar Al-Khattab masuk Islam,orang-orang Quraisy merasa sempit dada sedangkan orang-orang beriman merasa gembira. Lalu Al-Walid bin Mughirah berkata kepada pembesar-pembesar Quraisy yang terdiri daripada orang-orang kaya dan bangsawannya: “Pergilah mengadu kepada Abu Talib”.Lalu mereka pun mendatangi Abu Talib dan berkata kepadanya: “ Wahai Abu Talib, kamu adalah pemimpin kami dan orang yang tua di kalangan kami. Sesungguhnya kamu pun tahu apa yang dibuat oleh orang-orang bodoh itu (kaum muslimin). Kami datang kepadamu supaya kamu menyelesaikan masalah yang berlaku antara kami dan anak saudaramu”. Abu Talib telah menjemput nabi Muhammad SAW supaya datang bertemunya dan dia bertanya kepada nabi SAW:” Wahai anak saudaraku, kaummu itu meminta keadilan, maka janganlah berlebih-lebih sangat terhadap mereka”. Nabi SAW bertanya: “apakah yang mereka minta daripadaku?”. Mereka berkata:” Jangan ganggu kami dan jangan ganggu Tuhan kami, kami pun tidak akan ganggu kamu dan Tuhanmu”. Maka jawab nabi SAW:” Adakah kamu mahu memberikan aku satu kalimah sahaja yang mana dengannya kami akan memerintah bangsa Arab dan dipatuhi bangsa Ajam?”, Maka Abu Jahal berkata: “ Demi Allah dan demi bapamu, kami akan berikan kamu dan sepuluh kali ganda daripada apa yang kamu minta”. Maka jawab nabi SAW:”Katakanlah Lailahaillalah”. Lalu mereka enggan mengatakannya dan bangun berlalu sambil mengomel: “Adakah patut Muhammad menjadikan Tuhan hanya satu? Bagaimana satu Tuhan akan mentadbir makhluk seluruhnya?”.
Kepelbagaian nama-nama Tuhan yang disembah oleh orang-orang kafir itu hanya rekayasa nenek moyang yang kemudiannya dipanut oleh anak cucu secara membuta tuli. Bertaqlid kepada nenek moyang menjadikan mereka sesat dan Allah mengutuskan para nabi untuk mencabut keluar ikutan membuta tuli terhadap nenek moyang ini. Islam menggesa supaya digunakan akal untuk berfikir dan mencari hujah dan dalil.Dengan sebab hilang fungsi akal, manusia kafir mempercaya wujudnya banyak Tuhan. Tuhan-tuhan sembahan mereka wujud dalam bentuk "syuraka" yang berkongsi sandaran keyakinan mereka. Meyakini ada sesuatu yang mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan selain Allah SWT adalah perbuatan syirik. Ia seolah-olah menyembah perkara tersebut miski secara fizikal ia tidak disembah. Mereka yang percaya kepada tangkal azimat, pelaris, pengasih,susuk dan sebagainya yang diyakini sebagai sekutu dalam kuasa memberi manfaat dan menolak mudarat selain Allah adalah musyrikin sekalipun secara lahiriah mereka muslim dan menyembah Allah SWT.
Sebab itu, setiap yang bernama muslim jangan rasa selesa dengan keislamannya. Kalimah tauhid yang dituntut oleh nabi SAW itu tentu punya efek besar sehingga kafir Quraisy itu enggan mengucapkannya. Mengucap secara gambalang sedang diri terus bergelumang kesyirikan tidak ada gunanya. Kafir Quraisy mengerti makna mengucapkan kalimah tauhid lalu enggan mengucapkannya.
0 ulasan:
Post a Comment