27 October, 2010

Pengasas UMNO Sabah Ikrar Pastikan Calon PR Menang PRK Batu Sapi

Share
Sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/

Pengasas UMNO Sabah, Datuk Karim Ghani yang baru mengistiharkan keluar dari UMNO telah menyatakan komitmennya untuk bersama-sama Pakatan Rakyat, khususnya dalam usaha Pakatan Rakyat merampas parlimen Batu Sapi bagi memberi signal kepada Barisan Nasional bahawa rakyat muak dengan kecurangan BN mengurus harta dan khazanah negara.

Karim juga turut menjelaskan tiga sebab besar kenapa beliau meninggalkan UMNO dan BN. Kesediaan Pakatan Rakyat untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak, tuntutan 20 % royalti minyak dan ruang untuk menghidupkan kembali USNO, menjadi agenda beliau berjuang bersama Pakatan Rakyat.

"Kita mesti bersama Pakatan Rakyat untuk mengembalikan maruah rakyat Sabah yang tidak mendapat hak yang sepatutnya daripada Barisan Nasional, tunaikan kewajipan dan buktikan kuasa rakyat dalam PRK Batu Sapi 04 November ini". Desak Datuk Karim ketika berucap di hadapan kira-kira 3, 000 peserta seminar Isu Tanah Rakyat Sabah anjuran Badan Perhubungan PAS Sabah dan Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Malaysia di dewan Hakka, Sandakan.

Karim juga turut menggesa pengundi Batu Sapi mencontohi pengundi Kelantan yang berpemimpinkan seorang ahli politik yang bijak dan wara' seperti Tuan Guru Nik Aziz yang menerima duit-duit yang diberikan BN tetapi undi untuk Pakatan Rakyat. Gesaan beliau mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Karim juga menyatakan peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam PRK ini cukup besar berdasarkan situasi semasa dan desakan perubahan rakyat Sabah terutama dalam kes rampasan tanah rakyat. Beliau memberi keyakinan hanya Pakatan Rakyat yang berupaya merealisasikan hasrat dan cita-cita rakyat Sabah.

Pengundi Batu Sapi diharapkan tidak mengsia-siakan undi untuk mengundi calon selain Pakatan Rakyat terutama SAPP dan calon bebas. Apalah yang mampu dilakukan oleh sebuah parti tempatan seperti SAPP yang pernah memerintah dan menjadi Ketua Menteri Sabah? Demikian juga calon-calon bebas yang tidak jelas arah tujunya untuk merubah langskap politik Sabah dan Malaysia.

PRK pada 04 Oktober ini, Pakatan Rakyat menampilkan seorang peguam yang juga bekas Ketua Perhubungan PKR Sabah Hj Ansari Abdullah sebagai calon pilihan untuk pengundi parlimen Batu Sapi.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.