Salam alayk.. tajuk 'posting' yang sungguh mendebarkan. Mungkin saudara/i sekalian seringkali terbaca mengenai perihal "100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia" hasil daripada pengamatan Michael H. Hart. Mungkin biasanya apa yang bermain di benak fikiran kita mengenai "100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia" adalah orang-orang yang mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek dan itu pandangan yang positif. Berikut merupakan senarai 10 tangga teratas manusia yang paling berpengaruh iaitu:
1. Nabi Muhammad SAW
2. Sir Isaac Newton
3. Nabi Isa a.s
4. Siddharta Gautama
5. Confucius
6. St. Paulus
7. Tsai Lun
8. Johan Gutemburg
9. Christopher Columbus
10. Albert Einstein
Di atas ini merupakan diantara "top-ten" dan disini penulis mungkin boleh berkongsi pandangan mengenai senarai ini. Penulis memfokuskan manusia pada tangga yang pertama iaitu Nabi Muhammad SAW. Pada pemerhatian kita, tentu sekali kita merasa bangga sebagai umat Nabi SAW apabila melihat Nabi SAW dinobatkan di tangga yang teratas. Menurut pandangan Michael H. Hart dalam bukunya "The 100" yang diterbitkan di Amerika Syarikat, Nabi Muhammmad mendapat tempat yang pertama dalam senarai ini setelah dihitung dari dulu sehingga sekarang. Menurut Michael H. Hart lagi, Nabi Muhammad dinobatkan kerana baginda adalah satu-satunya manusia yang baik dalam kegiatan keagamaan dan juga pemerintahan.
Buku "The 100, a ranking of the most influential persons in history"
Namun, penulis menyokong segelintir pandangan ulama' untuk tidak mengiktiraf Nabi Muhammad dari dilibatkan dalam senarai ini kerana terdapat agenda di sebalik pengiktirafan ini. Ini kerana jikalau kita mengamati sebenar-benarnya senarai ini, ia seolah-olah "menidakkan" kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad sebagai seorang manusia agung. Cuba kita fikirkan, bagaimana Nabi Muhammad yang "maksum" yakni terhindar dari melakukan dosa kecil mahupun besar dengan mendapat petunjuk wahyu dari ALlah SWT boleh dipertandingkan dalam satu kelompok dengan manusia biasa yang tidak terhindar dari melakukan kesilapan dan dosa seperti Sir Isaac Newton.
Apa maksudnya?? Adakah Nabi Muhammad boleh dibanding-bandingkan dengan Sir Isaac Newton??? Jauh panggang dari api. Begitu halus musuh Islam dalam mengaburi mata umat Islam. Nabi Muhammad yang begitu agung dengan mukjizat dan sebagai kekasih ALlah. Nabi Muhammad darjatnya lebih tinggi, bahkan pemimpin-pemimpin dunia lain yang ada dalam senarai "The 100" ini tidak layak untuk berada dalam senarai atau kelompok apatah lagi dibanding-bandingkan dengan insan yang bergelar Muhammad SAW.
RasuluLlah, kami menyintaimu...
Penulis merumuskan apabila umat Islam melihat senarai "The 100" ini mungkin akan berkata, "ALhamduliLlah, Nabi Muhammad diiktiraf oleh orang kafir juga sebagai insan paling berpengaruh di dunia", tapi apa kata musuh Islam?? Tentunya musuh Islam dan pihak Barat akan berkata, "Alah, Muhammad itu macam pemimpin lain juga seperti dalam The 100". Ini akan merendahkan martabat RasuluLlah sebagai seorang Nabi. Firman ALlah SWT:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Maksudnya: "Dan tidaklah kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam . (Surah Al-Anbiya' ayat 107)
Nabi Muhammad berjaya dari segenap aspek namun keistimewaan "kenabian" yang ada pada RasuluLlah melebihi segala-galanya dan ciri-ciri kenabian inilah yang sangat membezakan RasuluLlah dari pemimpin dunia yang lain. Dan RasuluLlahlah merupakan contoh tauladan buat kita seperti firman ALlah SWT :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri (RasuluLlah) itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah. (Surah Al-Ahzab ayat 21)
p/s: Kita perlu mengambil iktibar dari "The 100" ini agar sentiasa berwaspada mengenai perkara ini dan "kenabian" RasuluLlah sebagai insan yang terulung patut kita pertahankan. Wallahu'alam.
0 ulasan:
Post a Comment