Aku tidak berminat untuk mengulas tentang Satu Malaysia. Aku beranggapan bahawa satu Malaysia cuma sebuah retorik yang satu ketika nanti kendur dan akhirnya berkubur sebagaimana telah kendur dan berkubur sejejeran retorik yang terdahulu. Pada satu ketika, kita mendengar tentang Islam Hadhari, tetapi, kini Islam Hadhari telah kendur dan tak lama lagi berkuburlah ia. Orang pun akan melupakannya.
Namun, seseorang telah melontarkan pertanyaan kepadaku dalam Daurah Quran semalam tentang konsep Satu Malaysia dan pandangan Islam terhadapnya dari sudut tolong menolong dalam perkara yang melibatkan praktis keagamaan. Dia membawa misal, pada satu ketika kita dibantu oleh rakan beragama kristian untuk menumpangkan kita pergi ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat, maka pada satu ketika yang lain dia meminta kita untuk membantunya melancarkan pula aktiviti kegerejaannya. Si penanya menegaskan bahawa saling tolong menolong seumpama ini amat bersesuaian dan selari dengan konsep Satu Malaysia.
Aku katakan bahawa konsep yang berbunyi Satu Malaysia ini hendaklah dicerminkan dengan agama. Ia hendaklah selari dengan Islam sebagai agama anutan kita. Islam menegaskan bahawa kita hendaklah bertolongan dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. Sebesar-besar dosa adalah kesyirikan kepada Allah SWT. Justeru, kita tidak harus sama sekali membantu penganut agama lain untuk melancarkan aktiviti agamanya yang berbaur kesyirikan itu.
Islam memberi ruang untuk kebebasa agama tetapi tidak menggalakkan penganutnya untuk menggalakkan dan menyumburkan amalan keagamaan penganut agama lain.
Mengambil jalan sederhana, aku menegaskan bahawa konsep satu Malaysia membabi buta adalah salah. Satu Malaysia dalam wajah pluralisma adalah ditolak. Satu Malaysia hendaklah dilihat berdasarkan cermin islam sebagai agama yang satu-satunya diterima di sisi Allah SWT.
Islam memberi ruang untuk kebebasa agama tetapi tidak menggalakkan penganutnya untuk menggalakkan dan menyumburkan amalan keagamaan penganut agama lain.
Mengambil jalan sederhana, aku menegaskan bahawa konsep satu Malaysia membabi buta adalah salah. Satu Malaysia dalam wajah pluralisma adalah ditolak. Satu Malaysia hendaklah dilihat berdasarkan cermin islam sebagai agama yang satu-satunya diterima di sisi Allah SWT.
Kosep satu Malaysia bukan pertama kali diadakan bagi sebuah negara yang sedang merancang agenda penyatuan kaum di kalangan penduduknya. Terdahulu, ratusan tahun lampau, semasa pemerintahan Maharaja Monggol di India yang bernama Akbar, orang menyebutnya Akbar Yang Agung, dia memperkenalkan konsep Satu India. Dalam menjayakan konsep ini, dia telah mencipta satu agama penyatuan pelbagai agama yang diberi nama "Den Ilahi". Dia berharap rakyat India yang sering bergaduh kerana berbeza agama itu dapat disatukan di bawah agama "Den Ilahi".
Kepelbagaian adalah fitrah manusia. Kepelbagaian tidak boleh dipadamkan dengan konsep ciptaan manusia. Namun. kepelbagaian bukan alasan untuk manusia bergaduh. Banyak cara untuk menyatukan manusia dan sememangnya rakyat Malaysia hidup bersatu sebelum pun Satu Malaysia kumandangkan. Krisis-krisis antara kaum yang terjadi sebelum ini adalah angkara manusia yang berkepentingan yang sering menjadi batu api atau suka mengapi-apikan sentimen tidak bertempat.
Kewujudan PERKASA yang menjadikan sentimen pribumi sebagai agenda perjuangan adalah satu contoh kelompok orang yang membakar kepelbagaian menjadi api permusuhan. Bagi mereka yang mendokong idea Satu Malaysia tidak munasabah bermain gendang persilatan PERKASA. Islam di atas Satu Malaysia. Mungkin Satu Malaysia boleh dinilai positif pada beberapa ideanya tetapi tidak pada kesemuanya. Satu Malaysia dalam kerangka ideanya yang mendokong pluralisme agama adalah tidak boleh diterima. Mereka yang sering mendewakan demokrasi pun mahu agar demokrasi diamalkan bukan dalam erti kebebasan mutlak, maka demikian pula Satu Malaysia. Demokrasi perlu dicerminkan kepada keberadaan kita sebagai hamba Allah di samping maslahah-maslahah lain. Maka...demikian Satu Malaysia.
Sementara PERKASA, ia sama sekali tidak cocok dengan Satu Malaysia dalam kerangka ideanya yang manapun. Dengan Islam, PERKASA lebih lagi tidak punya tempat.
Sampai waktu...berkuburlah. Islam akan terus kekal berdiri menongkah zaman!
0 ulasan:
Post a Comment