SEPANGGAR, 20 Mac 2010: Penulis sempat bersama-sama dengan Setiausaha PAS Kawasan Sepanggar, untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, atau yang lebih perlu anda semua tahu, bersama dengan YB Lim Kit Siang, yang merupakan Presiden Democratic Action Party (DAP).
Selepas itu, kami bergerak ke Kawasan Inanam pula, yang mana YB Lim Kit Siang dan para jentera DAP dan juga Setiausaha PAS Kawasan Sepanggar kali ini beramah mesra dengan rakyat sekitar kawasan Inanam tersebut, duduk 'minum malam' di sebuah restoran di Pekan Inanam tersebut. Bagi penulis, tidak wajib untuk penulis kekal setia bersama YB dan juga Setiausaha PAS Kawasan Sepanggar, apa yang penulis lakukan bersama sama dengan jentera penulis (baru ditubuhkan sebentar sahaja tadi) iaitu untuk mengedarkan handbill dan juga menampal poster di sekitar Kawasan Inanam tersebut. Agak berat juga untuk menampal poster dan mengedarkan handbill di Kawasan Inanam ini, kerana Kawasan Pekan Inanam ini agak luas dan besar, dan juga banyak samseng-samseng jalanan yang melepak di sekitar kawasan pekan tersebut, dengan mengendong dan menjinjing botol-botol yang mengandungi minuman keras, yang mana bagi logik akal penulis, mereka ini semuanya mabuk belaka.
Akhirnya, Setiausaha PAS Kawasan menghubungi penulis, untuk kali ini kami bergerak ke Kawasan Menggatal pula, seperti biasa, semasa Setiausaha PAS Kawasan Sepanggar duduk bersama-sama dengan YB Lim, penulis melakukan kerja-kerja yang sama seperti sebelumnya, iaitu menampal poster dan mengedarkan handbill.
Seterusnya kami bergerak ke Kawasan Telipok pula, dengan motif yang sama, kami masih meneruskan kerja-kerja mengedarkan handbill dan menampal poster, sehinggalah kami semua berhenti rehat sebentar di Masjid An Nur, Taman Putera Jaya untuk menunaikan solat fardhu Isyak sekitar jam 8.50 malam. Sementara solat Isyak, kehadiran beberapa sahabat untuk membantu kami menampalkan poster di Taman Putera Jaya begitu menyenangkan jentera kami. Alhamdulillah, semua poster telah ditampal sekitar Taman Putera Jaya selewat-lewatnya pada jam 10 malam.
Akhir sekali, kepenatan yang terhasil hasil dari kerja-kerja yang kami lakukan diraikan dengan makan lewat malam di sebuah restoran di kawasan berhampiran. Alhamdulillah, penulis akhirnya sampai ke tempat penginapan sekitar jam 12 malam.
0 ulasan:
Post a Comment