Semalam saya baru menghadiri Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010. Kongres tersebut yang khabarnya disabotaj beberapa kali sehingga memaksa penganjur untuk berpindah tempat sebanyak hampir 3 kali.
Pun begitu saya suka memetik kata-kata Hilman Idham, pengarah Kongres, yang juga merupakan pengerusi pertubuhan front mahasiswa (Kumpulan Anak Muda Independent-KAMI-) -hebat nama kumpulan mereka-
Beliau menyebut:
"Biar beberapa kali kita berpindah tempat, walaupun di jalan raya sekalipun kita tetap akan bersidang. kata beliau -MAHASISWA TETAP AKAN BERSIDANG BIAR DI JALAN RAYA SEKALIPUN"-. Di sambut oleh sorakan dari mahasiswa saat itu semalam.
Saya jadi kagum dengan mahasiswa yang tegar seperti mereka-mereka yang hadir semalam. Saya ingat provokasi yang selalu diwar-warkan...kononnya mahasiswa kini tidak sehebat dulu. Kononnya mahasiswa kini tidak menyengat seperti mana dulu. Tapi semalam (dan pembuktian yang sangat banyak, Pilihanraya kampus, wujudnya front-front Nasional, laman-laman media mahasiswa-) membuktikan bahawa mahasiswa sepanjang zaman tetap masih beridentitikan MAHASISWA. Suara-suara mereka tetap masih lantang dan sebagaimana sepatutnya menjadi check and ballance kepada negara (cuma negara sahaja yang tidak mahu mengiktiraf suara mahasiswa padahal dulu pimpinan kita juga lantang mahu menjadi mahasiswa check and ballance kepada negara)

Antara yang menambahkan elemen semangat keyakinan saya bahawa mahasiswa entiti yang istimewa adalah bilamana menyanyikan lagu Pro-Mahasiswa Nasional. Semangat sungguh. Kalau lah anda ada pada ketika itu, pasti anda juga akan merasakan kuasa mahasiswa yang sangat luar biasa. Menarik. Tahniah mahasiswa yang berkongres semalam.
Kongres semalam juga berjaya menjemput Yang Berbahagia Nurul Izzah Anwar parlimen Lembah Pantai. Sememangnya beliau adalah ikon wanita yang wajar disegani dan ditokohi. Sedih bilamana beliau sempat menceritakan detik-detik zaman reformasi ayahndanya, Dato' Sri Anwar Ibrahim.
Katanya, tidak pernah terdetik pun dihati beliau untuk terlibat dengan politik. Tidak pernah sama sekali. Tetapi ketikamana ayahnya dikhianati, disabotaj dan revolusi reformasi keadilan Anwar dimulakan, rasa tersentuh dan rasa semangat kasih sayang seorang anak untuk mempertahankan ayahnda yang dicintai terbit memuncak. Lantas menghasilkan keyakinan dan semangat yang tinggi untuk memperjuangkan keadilan. Itulah Nurul Izzah Anwar yang asalnya cuma seorang gadis biasa, ayu, menawan dan berazam untuk hidup sebagai rakyat yang biasa.
Tapi begitulah Allah menyusun hidup seseorang, akhirnya dia kini bukan lagi wanita biasa, tetapi wanita luar biasa yang sangat bersemangat dan tegar memperjuangkan keadilan. Tahniah Kak Izzah...
"Pergerakan saya dikampus juga agak terhad. Mereka mengatakan mungkin saya akan mempengaruhi mahasiswa, tetapi mereka tidak tahu mahasiswa yang mempengaruhi saya (untuk memperjuangkan ayahnya ketika itu)..."
"mungkin mereka(pentadbiran) cemburu dengan gelaran saya sebagai puteri reformasi"
Ujar beliau menceritakan pengalaman. Tahniah Puteri Reformasi...
Esok dan hari ini banyak lagi agenda perjuangan mahasiswa yang perlu diteruskan. Semalam adalah satu lembaran sejarah lepas yang terlalu sedikit impaknya kepada perubahan yang diperjuangkan. Saya yakin selepas ini negara akan melihat banyak lagi perjuangan mahasiswa yang 'menyengat' latas menularkan racun.
Maka nasihat saya mungkin kepada yang berkenaan...jangan disekat perjuangan mahasiswa. Biarlah mahasiswa membina karekter kepimpinan mereka dan menjadi pengimbang kepada kerajaan negara mahupun pakatan bukan kerajaan.
Bimbang jika perjuangan mereka kalau terus disekat...akibatnya, satu hari nanti kerajaan negera pula yang bersidang di jalanan...
sekian
(^_^)
0 ulasan:
Post a Comment